Home Beauty & Health 13 Manfaat Lemon Untuk Kesihatan

13 Manfaat Lemon Untuk Kesihatan

2576
0

Assalammualaikum wbt, harapnya anda semua berada di dalam keadaan yang baik sahaja..

Okay hari ni kami nak share beberapa manfaat atau khasiat lemon untuk kesihatan. Kalau nak ikutkan memang terlalu banyak khasiat Lemon ni, jadi kami nak kongsikan sedikit sebanyak manfaat lemon ni ya. Mungkin ada yang tidak tahu apa manfaatnya kan? Jom baca sampai habis ya ?
 

13 MANFAAT LEMON UNTUK KESIHATAN

 

1. Vitamin C dan Berat Badan

Lemon ni sangat padat dengan khasiat Vitamin C. Berdasarkan kajian, pengambilan Vitamin C yang cukup akan membantu tubuh untuk memberi tindak balas kimia untuk memecahkan lemak dan digunakan sebagai energi. Jus lemon juga mengandungi Pectin, iaitu serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Lemon juga membantu hati untuk menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak-lemak degil.

2. Melegakan Sakit Tekak dan Tonsilitis

Salah satu ciri-ciri lemon adalah anti-bakteria, dan ia membantu melegakan sakit tekak dan sangat bagus untuk mengatasi masalah tonsilitis. Dengan hanya minum jus lemon, ia membantu mengurangkan lendir dan kahak yang terhasil di dalam badan. Banyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sepanjang hari, jika anda mengalami sakit tekak, selsema atau batuk berkahak yang berterusan. InshaaAllah, dengan ikhtiar minuman jus lemon dan madu ini, dapat membantu meredakannya.

3. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi

Kandungan Potassium di dalam lemon adalah sama dengan yang terdapatnya di dalam pisang. Potassium ini sangat baik diambil oleh mereka yang ada masalah jantung. Potassium membantu menstabilkan tekanan darah tinggi dan membantu mengurangkan rasa mual dan memberikan ketenangan kepada tubuh fizikal dan minda. Oleh itu, buah lemon sangat banyak digunakan untuk mengatasi stress pada minda dan sekaligus membantu mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

4. Menghalang Pembentukan Batu Karang

Dengan mengamalkan minuman air lemon setiap hari akan meningkatkan paras ciltratedi dalam urin. Berdasarkan kajian, ianya membantu melindungi tubuh badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam ginjal (buah pinggang).

5. Menghentikan Pendarahan Internal

Lemon juga mempunyai kandungan antiseptik. Kandungan antiseptik di dalam buah lemon juga mampu menghentikan pendarahan internal dalam tubuh. Caranya amat mudah, celupkan kapas kecil pada air perahan lemon dan letakkannya di dalam hidung bagi menghentikan pendarahan yang ada pada hidung.

6. Melegakan Kegatalan

Seperti yang diketahui umum, lemon bersifat antiseptik dan dengan itu juga, anti-keradangan. Bukan itu sahaja, lemon juga dapat membantu melegakan rasa gatal yang digigit oleh serangga, dengan hanya menggosokkan jus lemon di kawasan gigitan.

7. Melawaskan Sistem Penghadaman

Pembuangan sisa pencernaan akan menjadi lebih mudah dengan pengambilan jus lemon secara konsisten. Jus lemon juga membantu dalam sistem perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

8. Merawat Kesihatan Mulut

Jus lemon adalah sumber yang paling baik dalam membantu menghilangkan bau mulut di awal pagi. Jus lemon juga dapat membantu menyingkirkan rasa sakit gigi dan gusi. Lemon yang bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan dapat membantu mengurangkan bau badan.

9. Anti Kanser

Berdasarkan kajian, aktiviti anti kanser oleh citrus liminoids, adalah sejenis kompaun yang melindungi dari kerosakan sel yang membawa kepada pembentukan sel kanser.

10. Menurunkan Demam Panas

Apabila rasa mula nak demam, terus minum air campuran jus lemon sebanyak yang mungkin, ia amat membantu menurunkan suhu demam panas dengan pantas.

11. Kandungan pH Yang Seimbang

Lemon bersifat asid, tetapi dengan kandungan mineral yang tinggi terkandung di dalamnya menyebabkan lemon bersifat alkali apabila masuk ke dalam tubuh badan, dan seterusnya membuang asid dan mengimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

12. Membersihkan Pembuluh Darah

Lemon mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Lemon membantu untuk membersihkan pembuluh darah dari agen berbahaya yang timbul akibat gula berlebihan, alkohol dan cara pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, tidak hairan lah mengapa Angio Jus juga mempunyai sifat ‘pembersih’ pembuluh darah dari kolesterol yang tersumbat, kerana, lemon adalah salah satu bahan-bahan semulajadi yang ada di dalam Angio Jus.

13. Detoksifikasi Racun Dalam Tubuh

Cara pemakanan yang tidak sihat juga dapat membahayakan tubuh badan kita. Dengan mengamalkan jus lemon secara konsisten dapat membantu menghilangkan racun tersebut dan mengeluarkannya dengan cara sistem perkumuhan.
Dengan segala manfaat lemon yang kami berikan di sini, terbuktilah keberkesanan Angio Jus yang dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang dialami oleh ramai orang di luar sana.
Semoga sharing pada hari ini dapat memberi manfaat kepada anda. Silakan share info ini ya, inshaaAllah akan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.