Home Food & Beverages Ini sebab mengapa Pizza Cheese Beb Stone Oven menjadi viral kerana…

Ini sebab mengapa Pizza Cheese Beb Stone Oven menjadi viral kerana…

4570
0
Penulis menikmati hidangan Pizza Cheese

 

KAJANG – Sekali tarik sebelum masuk ke dalam mulut, keju tebal terangkat bersama roti pizza yang amat lembut, pizza yang ditawarkan di Beb Stone Oven ini tidak akan dapat dijumpai di tempat lain dan semestinya tidak akan merugikan pelaburan pengunjung.

Kedai dengan ruang yang terbuka dan santai amat sesuai buat pengunjung untuk datang bersantai bersama kawan-kawan mahupun keluarga sambil merasai keenakan pizza tanpa rasa muak dengan harga yang cukup berpatutan.

Menyentuh tentang  Beb Stone Oven Pizza ini, pengurusnya Puan Liyana berkata pizza yang disediakan  adalah  fresh from stone oven yang menggunakan 100% resepi asli milik keluarganya. Dari segi penyediaan sos, perapan ayam dan juga bahan-bahan topping pizza.

Pizza Beb Stone Oven dibakar menggunakan kayu dan oven batu yang direka khas untuk menghasilkan rasa pizza yang enak.

“Pizza dari Itali memang dibakar menggunakan kayu dan oven batu. Ayah dan suami yang reka dapur batu ni dan kami guna kayu bakau dan getah untuk dapat aroma “smoke” asli pada pizza.”  Kongsi Puan Liyana.

Beb Stone Oven Pizza menawarkan makanan Barat terutamanya 14 jenis pizza, spaghetti, lasagna, mushroom soup dan juga chicken chop. “Kita punya signature adalah Beb Pizza. Ayam dimarinate sendiri, ada pelbagai sayur dan sos yang kami proses sendiri. Beef Pepperoni juga antara yang recommended di sini.” Ujar Puan Liyana.

Antara hidangan istimewa Beb Stone Oven yang dapat memberi kepuasan pelanggan.

Kedai ini memulakan operasi pada pukul 1 petang sehingga 11 malam setiap hari kecuali cuti pada hari Isnin. Penghantaran juga disediakan di sekitar Kajang dengan caj sebanyak RM3 sahaja. Luar kawasan Kajang tidak disediakan kerana pemilik ingin memastikan pizza dalam keadaan panas, cheese tidak mengeras dan menjaga kepuasan pelanggan setelah memperoleh pizza.

Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana ruang kedai yang agak terhad di samping tempoh penyediaan pizza memakan masa yang agak lama.

“Sesetengah pelanggan tidak sedar kami guna dapur batu, bukannya microwave macam kedai pizza lain. Bagi sekali bakar, dapur ini hanya boleh menampung dua biji pizza sahaja dan kami perlu menjaga kepanasan dapur bagi mengelakkan cheese menjadi mendap dan roti hangit.”

Lokasi: Lot 686 Kampung Sungai Sekamat Dalam Batu 13, Kajang

Fb & Whatsapp: Beb Stone Oven Pizza (017-274 3560)

Oleh: Siti Nur Zuraikha Binti Yaacob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.