Home Beauty & Health Pepee Mist penyegar intim wanita – PENGEDAR DAN EJEN DIPERLUKAN SEGERA

Pepee Mist penyegar intim wanita – PENGEDAR DAN EJEN DIPERLUKAN SEGERA

438
0

Saiful dan Noorhadira menunjukkan produk penyegar intim wanita semula jadi jenama Pepee Mist.

PRIHATIN terhadap masalah dalaman wanita, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya, Swiet Organic Marketing memperkenalkan produk penyegar intim wanita semula jadi (BFF) menerusi jenama Pepee Mist.

Dengan gabungan bahan-bahan semula jadi iaitu kayu perapat, gambir perapat, manjakani, lavender dan tawas, serta dihasilkan menggunakan teknologi terkini menjadikan produk BFF Pepee Mist lain daripada yang lain.

Penyelidiknya, Saiful Ikram Selamat berkata, dia menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) produk ini selama lima tahun bagi memastikan produk yang dihasilkan mendatangkan hasil  terbaik kepada pengguna.

“Penyegar ini direka dalam bentuk semburan berbeza dengan produk dalam pasaran bagi memudahkan penggunaan wanita di mana sahaja.

“Dengan hanya menerusi semburan, air akan meresap ke dalam kulit dan merawat masalah wanita dari dalam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurutnya, BFF Pepee Mist ini memberi tumpuan kepada membantu mengatasi masalah dalaman wanita.

Katanya, setiap bahan-bahan yang digunakan mempunyai manfaat dan fungsi kepada kesihatan wanita.

“Apa kelainan produk ini adalah kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi terkini.

“Teknologi ini membolehkan manfaat bahan-bahan itu meresap ke dalam kulit dengan mudah.

“Hasilnya, produk ini dapat membantu menguatkan rahim, memperbaiki hormon, memberikan ketenangan dan keyakinan, memulihkan sistem peranakan dan juga menghilangkan simptom-simptom penyakit intim wanita seperti keputihan dan kegatalan,” katanya yang telah membelanjakan RM500,000 untuk tujuan R&D selama lima tahun.

Teknologi yang digunakan Saiful adalah hasil rekaan sendiri yang dibangunkan sejak 2004.

Penggunaan tanpa had

BFF Pepee Mist boleh digunakan setiap kali selepas ke tandas.

Katanya, ia berfungsi sebagai penyegar kawasan intim wanita di mana sahaja, sesuai dengan saiz botol yang kecil.

Menurutnya, BFF Pepee Mist tidak mendatangkan masalah apabila dipakai sepanjang hari kerana telah melalui kajian yang lama dengan hasil yang diluluskan.

“Produk ini menerima pengiktirafan Amalan Makmal Baik (GLP) dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia juga telah disahkan bebas daripada bakteria dan kulat serta bahan merkuri,” katanya.

Saiful berkata, setiap botol BFF Pepee Mist bersaiz 50 ml dijual dengan harga RM60, cukup sehingga penggunaan satu bulan iaitu 370 semburan bagi 10 kali sehari.

Mengulas lanjut berhubung nama jenama Pepee Mist, Saiful berkata, Pepee bermaksud wanita cantik dalam bahasa Perancis.

Seiring dengan misi utama syarikat yang ingin membawa produk tersebut ke peringkat antarabangsa.

Saiful juga berkata, syarikat itu merancang untuk menghasilkan produk kecantikan dan kurus menggunakan teknologi dan jenama yang sama pada masa akan datang.

Eksport produk

Berada di pasaran sejak September tahun lalu, BFF Pepee Mist ini kini dalam proses memasuki pasaran antarabangsa yang dijangka dalam tempoh empat bulan akan datang.

Pengarah Pemasarannya, Norhadira Zainodin berkata, pihaknya kini dalam persediaan ke Rusia, China, Pakistan, Filipina dan Indonesia.

“Selain pasaran luar negara, produk ini juga telah berada di seluruh negara menerusi ejen dan stokis.

“Kami menyasarkan untuk menambah jumlah stokis sehingga 50 orang. Buat masa ini, kami masih mencari dan akan membimbing mereka menjadi ejen yang berjaya,” katanya.

Selain itu, BFF Pepee Mist boleh didapati terus di laman web pepeemist.com.

Menurutnya, syarikat itu turut mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ejen bagi produk BFF Pepee Mist.

Mengulas lanjut berhubung pengeluaran, Norhadira berkata, syarikat itu mempunyai kapasiti pengeluaran yang mencukupi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, kilang pengeluaran yang terletak di Melaka mampu mengeluarkan maksimum 150,000 hingga 200,000 botol sebulan dan bersedia menampung permintaan di luar negara kelak.

Bagi peringkat awal, sebanyak 12,000 botol BFF Pepee Mist telah diedarkan.

“Permintaan adalah sangat tinggi berikutan maklum balas pelanggan yang menggalakkan sejak diperkenalkan tahun lalu.

“Sepanjang tahun ini, kami menyasarkan untuk menjual RM2.5 juta hingga RM3 juta ke setiap negara, apabila berjaya menerokai kesemua pasaran antarabangsa itu kelak,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/pepee-mist-penyegar-intim-wanita-1.672791#.WRPz1s5THj0.facebook

PENGEDAR & EJEN DIPERLUKAN SEGERA, SILA HUBUNGI 017-2696798

PENGEDAR & EJEN DIPERLUKAN SEGERA, SILA HUBUNGI 017-2696798

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.