Home Inspirasi Niaga Usahawan Noriah Kawi Warong Kak Darot

Usahawan Noriah Kawi Warong Kak Darot

508
0

Oleh Dangerouslee Mathew 175574

Seorang  usahawan  Noriah Kawi dengan nama singkat dipanggil Kak Darot yang berusia 43 tahun asal dari Samarahan Sarawak dengan bermulanya membuka warong jualan Ais Batu Campur (ABC) biasa dan kini menjadi persinggahan ramai terutama penduduk di sekitar bandar raya Kuching, bagi menikmati ABC yang mempunyai berbagai jenis.

Warung Kak Darot ini telah beroperasi selama enam tahun dan warung kak Darot sering dikunjungi ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya para penjawat awam atau swasta.Selain dari lapisan masyarakat kita malah orang asing turut berminat mengujungi warong Kak Darot.

Kak Darot bermula dengan menjual Ais Batu Campur (ABC) biasa dengan harga RM2.00  dan kini telah mempunyai 25 jenis variasi dan keunikan tersendiri pada menu ABC disediakan. Harga ABC yang ditawarkankan kepada pelanggan di warungnya dari RM2 hingga RM8 mengikut jenis.

Selain Ais Batu Campur,Kak Darot juga turut menyediakan Pisang Goreng Cheese,rojak buah dan keropok lekor bagi menambah menu yang telah disediakan.Menceritakan mengenai pisang goreng kak Darot, kak Darot membuat  pisang goreng biasa sahaja tetapi dengan cara tersendirinya dengan menambah cheese di pisang goreng dan kini telah ramai pengunjung-pengunjungnya pergi ke kedainya dengan resepi barunya.

Pada awalnya,Kak Darot hanya menjual di tepi jalan sahaja dengan hanya menggunakan sebuah kereta kecil untuk mengangkut barang-barangnya.Dengan menjual Ais Batu Campur secara kecil-kecilan dan demi sedikit mendapat keuntungan maka kini telah mempunyai kedai sendiri yang diberi nama Warong Kak Darot telah popular di Sarawak malah semenanjung Malaysia turut suka mengunjung di warong tersebut.Tambahan pula,kak Darot telah mempunyai 6 pekerja sebagai pembantu beliau.

Bagi pembaca,silalah mengunjungi warong Kak Darot di Sarawak di jalan Stakan bagi menikmati sendiri juadah yang disediakan.

Kesimpulannya,sikap kak Darot ini haruslah kita pelajari kerana sentiasa mempunyai idea-ideanya tersendiri apabila melakukan sesuatu yang baru bagi meningkatkan keuntungannya dalam dunia perniagaan.Untuk mencapai kejayaan perlu membina idea dan pendapat baharu jika hendak maju kehadapan.Pelbagai rintangan dan cabaran harus kita hadapi kerana cabaran dan rintangan ini lah akan memberi hasil yang lebih lumayan ke masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.