Adakah anda benar-benar tahu apa yang agribisnes bermaksud? Agribisnes bermaksudnya usaha atau kegiatan pertanian yang dikaitkan dengan aktiviti perdagangan. Dalam kata lain, orang yang terlibat dalam agribisnes boleh didefinisikan sebagai pihak yang melakukan kegiatan pertanian dan seterusnya menjualkan hasil pertanian mereka kepada pihak yang lain.
Chang Chen Koi, seorang pekebun yang berumur 57 tahun menyara diri dan keluarganya dengan menjual hasil tanamannya di pasar malam. Walaupun aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh Chang Chen Koi tidak begitu besar berbanding dengan pemborong-pemborong atau syarikat-syarikat yang lain, pekerjaannya juga dianggap berkaitan dengan agribisnes. Chang Chen Koi dibesarkan dalam sebuah keluarga petani dan bapanya juga merupakan seorang pekebun pada zaman dahulu. Sebelum menjadi seorang pekebun dan juga seorang peniaga, dia bekerja sebagai pekerja perlombongan petroleum semasa dia berumur 22 tahun. Untuk mewarisi aktiviti pertanian dan perniagaan yang pernah dilakukan oleh keluarganya, Chang Chen Koi meletakkan jawatannya sebagai pekerja perlombongan petroleum. Sehingga kini, Chang Chen Koi telah terlibat dalam bidang agribisnes selama 30 tahun lebih.
Bilik stor yang dibina di kebun Chang Chen Koi untuk menyimpan alat-alat pertanian dan juga merupakan tempat rehat bagi Chang Chen Koi.
Chang Chen Koi mempunyai lima ekar kebun sayur sendiri, saiz kebunnya adalah empat puluh lima kaki darab sembilan puluh kaki. Jenis sayur-sayuran yang ditanam adalah seperti kangkung, bayam, sawi, cili, terung, kacang panjang, kucai dan sebagainya. Menurut Chang Chen Koi, dia tidak ada upah orang lain untuk menjaga kebunnya walaupun saiz kebunnya begitu besar. Dia hanya menguruskan kebun itu bersama-sama dengan isterinya. Sistem pengairan dan perenjis yang lengkap telah dibina di kebunnya dan baja yang banyak akan dibeli untuk menyuburkan sayur-sayuran. Mereka mencabut sayur-sayuran setiap hari dan akan menjual sayur-sayuran tersebut di pasar malam.
Pekebunan bukan satu aktiviti yang begitu mudah kerana jumlah hasil tanaman yang didapati pada setiap hari adalah bergantung pada cuaca semasa dan kaedah penanaman. “Cuaca yang terlalu panas atau hujan lebat, sayur-sayuran yang ditanam akan terjejas dan jumlah hasil tanaman yang didapati juga akan semakin berkurangan. Untuk mengurangkan masalah itu berlaku, kami akan menyiram sayur-sayuran tersebut beberapa kali dalam satu hari. Kalau hujan lebat, bangsal sementara akan dibina untuk melindungi sayur-sayuran tersebut. Sekiranya jumlah hasil tanaman yang didapati tidak banyak, saya akan membeli sayur-sayuran daripada pemborong-pemborong yang berkenalan untuk dijual di pasar malam. Macam ini, keuntungan yang didapati juga berkurangan. Oleh itu, pendapatan bulanan saya tidak tetap kerana hasil tanaman yang didapati akan berubah mengikuti perubahan cuaca yang berbeza”, kata Chang Chen Koi.
Walaupun pekebunan nampaknya adalah satu pekerjaan yang mudah, sebenarnya hanya orang yang pernah bekerja dalam bidang ini baru tahu kesukaran dalamnya. Selain itu, orang yang terlibat dalam aktiviti perniagaan juga memerlukan teknik-teknik atau strategik tertentu untuk menjadikan perniagaan itu berjaya. Secara kesimpulan, agribisnes merupakan satu bidang yang mencabar.
Banyak baja yang diangkat turun dari lori untuk menyuburkan sayur-sayuran yang ditanam dalam kebun Chang Chen Koi.Ā