Home Inspirasi Niaga Dari ejen “dropship” ke pengasas am “skincare”

Dari ejen “dropship” ke pengasas am “skincare”

917
0

OLEH NORAINA BINTI TINGGAL /177400

Bagi pengasas produk kecantikan berasaskan organik, AnnahMardhiah SkinCare (AM SkinCare), Nurul Hidayah Binti Mat Alias, 29 tahun status ibu muda kepada dua orang anak tiri bukanlah menjadi penghalang baginya untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Ibu muda ini mempunyai anak berusia 11 tahun dan 14 tahun kedua-duanya lelaki.

Menjadi agent dropship sejak tahun 2010, telah menjadi kayu pengukur kepada usahawan muda ini untuk melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan. Baginya, pengalaman selama beliau menjadi agent dropship secara tidak lansung membantu dalam mempelajari selok belok dunia perniagaan produk kecantikan dengan lebih meluas. Setelah ‘try and error’ dan hasil penerimaan pengguna , akhirnya produk kecantikan berasaskan organik ini berjaya dipasarkan.

Tidak mudah berputus asa

Pada mulanya, saya tidak berani untuk mencuba sejauh ini. Namun, setelah diberi dorongan oleh suami dan keluarga saya telah memberanikan diri mengeluarkan AM SkinCare pada tahun 2015. Saya juga percaya tiada yang mustahil dalam dunia ini melainkan usaha yang keras dan konsisten dari semasa ke semasa. Jatuh bangun seseorang dalam dunia perniagaan menjadi perkara biasa. Walau bagaimanapun, saya sentiasa berpegang pada kata-kata bahawa “tiada orang akan mengubah nasib kita sendiri melainkan kita sendiri. Allah SWT sudah menjanjikan bagi hambanya yang berusaha pasti akan berjaya. Katanya. Hasil dari kecekalan dan usaha saya, produk ini mula menjadi pilihan pengguna. Saya mampu mencapai keuntungan kasar sebanyak 50 hingga 80 ribu dalam masa sebulan.

Produk ini pada mulanya tidak dikenali ramai kerana lambakan produk kecantikan di luar. Oleh demikian, beliau telah memikirkan produk yang selamat digunakan dan sesuai digunakan oleh semua lapisan umur. Tambahan pula, kebanyakan produk kecantikan di luar kini mempunyai barangan terlarang seperti merkuri yang akan memberi kesan jangka panjang kepada pengguna. Kandungan utama AM SkinCare ini ialah rumpai laut, argan oil dan 100 peratus bebas bahan kimia. Produk ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selamat digunakan. Kini lebih 90 orang agent dan stokis seluruh negeri dalam  usaha mempromosikan produk ini.

Harapan beliau, agar lebih ramai wanita di luar sana lebih berani tampil kehadapan seiring dengan permodenan dunia kini. Wanita kini juga perlu bijak menguruskan masa yang ada untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Dengan kata lain adanya produk kecantikan berasaskan organik ini, lebih ramai pengguna wanita mahupun lelaki mampu memiliki wajah idaman serta lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat umum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.