Home Inspirasi Niaga Perjuangan Seorang Mahasiswi Untuk Menjadi Jururawat Yang Cemerlang

Perjuangan Seorang Mahasiswi Untuk Menjadi Jururawat Yang Cemerlang

1303
0

Yew Jing Mun, seorang mahasiswi yang berumur 22 tahun dan berasal dari negeri Perak. Dia sedang belajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan. Sama seperti orang lain, Yew Jing Mun datang dari keluarga yang biasa dan dia merupakan anak sulung keluarganya. Untuk menjadi teladan yang baik kepada adik-beradik, dia belajar bersungguh-sungguh sejak kecil dan mendapat keputusan yang cemerlang dari segi akademik. Setelah menamatkan pengajian di tingkatan enam, Yew Jing Mun melanjutkan pengajiannya di USM, Kelantan. Sehingga sekarang, Yew Jing Mun sambil belajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan sambil menjalankan latihan amali di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Setelah menamatkan pengajian tingkatan enam di SMJK Shing Chung, Perak, Yew Jing Mun pernah mengalami kekeliruan dalam tempoh itu kerana tidak tahu apa kursus yang dia hendak belajar di universiti. Ketidakpastian menjadikan dia bimbang akan masa depan sendiri. Tetapi, berdasarkan pandangan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakannya, dia akhirnya membuat keputusan untuk mengambil kursus kejururawatan. Sebab Yew Jing Mun mengambil kursus kejururawatan bukan sahaja kerana keluarganya berharap dia menjadi seorang jururawat pada masa depan, ia juga adalah kerana dia berasa kerja jururawat merupakan satu pekerjaan yang bermakna. Sebagai jururawat, dia boleh belajar banyak ilmu perubatan dan juga boleh membantu orang yang memerlukan bantuan dalam bidang perubatan. Oleh itu, semasa keputusan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dipaparkan, Yew Jing Mun berasa sangat gembira kerana dia telah diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan untuk belajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan.

Masa berlalu, tahun ini merupakan tahun yang kedua bagi Yew Jing Mun belajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan di USM. Setiap dua semester, Jing Mun perlu menjalankan latihan amali di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Latihan amali ini akan dijalankan semasa cuti semester, iaitu selama enam minggu. Banyak cabaran yang dihadapi oleh Jing Mun sepanjang tempoh latihan amali. Contohnya, tahun lepas merupakan tahun pertama bagi Jing Mun untuk menjalankan latihan amali di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Pada masa itu, bukan banyak perkara yang boleh dipelajari oleh Jing Mun dan rakan kursusnya, tetapi jururawat di hospital itu akan meminta mereka untuk menghabiskan semua kerja jururawat. Hal ini menjadikan mereka sedikit terharu. Selain daripada latihan amali, Jing Mun juga perlu menyediakan pembentangan kes untuk kursus ini. Dia berasa sangat letih kerana harus menyediakan pembentangan setelah habis latihan amali di hospital pada setiap hari. Oleh itu, dia akan membahagikan masa dengan baik supaya kerja-kerja yang diberikan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Cabaran yang lain kepada Jing Mun ialah sebagai jururawat, mereka perlu menghantar ubat-ubatan kepada pesakit selain menjaga pesakit. Jadi, mereka tidak boleh menghantar ubat-ubatan yang salah kepada pesakit kerana ini akan membawa kesan yang sangat serius. Selain itu, mereka juga harus mengetahui pelbagai keperluan pesakit. Mereka diminta untuk melayari internet pada setiap hari untuk mencari ciri-ciri penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu supaya lebih memahami keperluan pesakit. Bagi Jing Mun, sambil belajar sambil menjalankan latihan amali merupakan satu cabaran yang besar kerana sukar untuk menumpukan perhatian kepada kerja rumah akibat keletihan selepas latihan amali. “Saya pernah berfikir untuk berputus asa semasa berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, tetapi saya bertabah kerana perjanjian dengan keluarga”, kata Jing Mun.

Walau bagaimanapun, untuk memajukan diri, Jing Mun akan membuat ulang kaji pada setiap hari dan melayari internet untuk belajar pengetahuan tentang pelbagai penyakit dan ubat-ubatan. Dia juga akan melawat hospital lain untuk menambah ilmu pengetahuan sendiri. Dia juga cuba untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris sendiri supaya berpeluang untuk bekerja di luar negara. Perancangan masa depannya ialah sekiranya menamatkan pengajian di USM, dia berharap boleh bekerja di hospital yang terletak di kampung-kampung atau kawasan pedalaman supaya dapat membantu orang-orang miskin dan orang yang memerlukan bantuan. Akhirnya, dia menasihatkan kepada junior-junior supaya tidak mudah berputus asa kerana masyarakat ini memerlukan jururawat yang banyak untuk membantu mereka.

Yew Jing Mun menjalankan latihan amali di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Pemandangan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dari sudut lain.

 

Oleh: Wong Yu Ki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.