(B004-2D) KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI/ PERNIAGAAN CEMERLANG
PENGENALAN
Kursus Pengurusan Organisasi Cemerlang (KPOC) dilaksanakan dengan tujuan untuk melatih dan membimbing peserta program menguruskan sesebuah organisasi perniagaan, persatuan atau kelab dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab harian serta situasi-situasi mencabar.
OBJEKTIF KURSUS
- Mendedahkan peserta kepada sistem pengurusan organisasi cemerlang.
- Mendalami ilmu keperluan-keperluan asas diri sebagai pengurus/pentadbir organisasi.
- Memantapkan diri dalam bidang pengurusan, pembangunan dan pengukuhan organisasi.
- Melahirkan pengurus/pemimpin yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
FAEDAH KEPADA PESERTA KURSUS
- Tips & strategi praktikal dari usahawan dan pemimpin organisasi.
- Mendalami pelaksanaan pelan tindakan perniagaan/organisasi melalui sistem pengurusan yang betul.
- Membina keyakinan diri melalui perkongsian pengalaman dari fasilitator secara ”hands on” & ”step by step”
- Sessi perbincangan & pembentangan secara individu & berkumpulan
PERLAKSANAAN KURSUS
- Tempoh kursus: 2 Hari
- Masa kursus: 09:00AM – 05:00PM
Siapa PERLU HADIR Kursus Ini?
- Pemilik perniagaan / kepimpinan pertubuhan yang berwawasan untuk membangun dan mengembangkan perniagaan/organisasi mereka.
- Pemilik perniagaan / kepimpinan pertubuhan yang berdaya saing dan ingin memajukan organisasi mereka.
- Pemilik perniagaan / kepimpinan pertubuhan yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dalam pembangunan diri dan organisasi.
- Individu yang baru di lantik atau di naikankan pangkat ke jawatan ketua / pengurus / pemimpin sesebuah unit / jabatan / organisasi.
- Individu yang berhasrat untuk menceburkan diri atau berminat untuk menambah ilmu dalam bidang pengurusan organisasi
KANDUNGAN KURSUS
Kandungan program:
- Definisi Organisasi dan Pengurusan
- Teori pengurusan (Ciri-ciri, Prinsip-prinsip)
- Fungsi Pengurusan
- Peranan Pengurus
- Tahap Pengurusan
- Kemahiran pengurusan – Pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan masa & pengurusan stress.
- Kepimpinan dalam Pengurusan
- Kaedah Pengurusan Organisasi yang Berkesan
HUBUNGI SEGERA: 017-300 7878