Home Education & Training Tip-tip Perniagaan: Asas Penting Dalam Pemasaran

Tip-tip Perniagaan: Asas Penting Dalam Pemasaran

1267
0

 

Tip-tip Perniagaan: Asas Penting Dalam Pemasaran

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Seorang peniaga atau usahawan perlulah membuat homework dan menimba ilmu pemasaran terlebih dahulu sebelum bertindak memulakan perniagaan mereka. Pemasaran adalah perkara asas dalam bisnes, kuat dan berkesanya pemasaran yang anda lakukan boleh mendatangkan keuntungan kepada bisnes anda tetapi jika lemah pemasaran yang anda lakukan, ianya boleh memudaratkan bisnes anda dan boleh mendatangkan kerugian seterusnya “tutup kedai”.

Terdapat 5(lima) perkara asas dalam pemasaran yang perlu diteliti dan dihalusi dalam mendapatkan impak dan peningkatan jualan. Perkara tersebut adalah PRODUK, HARGA, PEMASAR, PROMOSI dan PENGEDARAN

1. Produk – Dalam bisnes produk terbahagi kepada 2 (dua), Produk atau Perkhidmatan boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh pengusaha dan mempunyai satu set ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna, saiz, berat dan harga, dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanan dan penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan oleh pengguna.

Adalah terbaik jika produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan dalam bisnes pengusaha itu apabila pengusaha itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi terhadap produk atau perkhidmatan yang hendak dipasarkan. Sebagai contoh sekiranya anda hendak membuka restoran anda perlu tahu dan mahir dalam masakan dan penyediaan makanan, anda tidak terlalu bergantung kepada tukang masak yang anda bayar gajinya (pekerja). Kekuatan yang utama adalah pada diri anda bukan pekerja, juka sebaliknya bisnes anda mempunyai risiko yang tinggi kerana jika tukang masak anda lari maka rasa dan kualiti masakan yang anda sediakan juga lari rasanya kerana bertukarnya tukang masak dan akhirnya pelanggan anda juga lari.

2. Harga – Pengusaha perlu membuat “costing” terlebih dahulu sebelum meletakan harga prodak atau perkhidmatan yang hendak di pasarkan. Formular yang mudah dan senang untuk dipraktikan adalah dengan mengambil kira 3 faktor ini;
a) 1/3 adalah Kos Bahan Mentah
b) 1/3 adalah Kos Operasi termasuklah kos pembuatan dan overhead
c) 1/3 adalah Margin (untung kasar)

kos

3. Pemasar – Perkara yang paling utama dalam pemasaran adalah orang yang diberi peranan sebagai pemasar, samada ianya terdiri daripada pekerja yang dibayar gaji/komesyen mahupun pengusaha itu sendiri. KASH iaitu 4 perkara utama yang perlu ada pada pemasar adalah;

a) Knowledge (ilmu pemasaran), pemasar perlulah berpengeahuan tinggi tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kerana mereka ini adalah wakil perniaggan yang berhubung terus dengan pelanggan untuk memberi info atau penerangan produk jualan mereka.

b) Attitude (sikap), seorang pemasar yang bagus adalah pemasar yang mempunyai sikap yang baik dan positif. Sikap positif seperti penyabar, perihatin terhadap pelanggan, rajin dan sebagainya dapat menambah keselesaan dan kesetiaan pelanggan terhadap bisnes anda.

c) Skills (kemahiran), ianya terbahagi kepada beberapa kemahiran seperti;

i) Kemahiran Teknikal – mahir dalam penggunaan produk/perkhidmatan yang ditawarkan.

ii) Kemahiran Kemanusiaan – pandai menambat dan menarik hati pelanggan untuk membeli atau mengguna produk/perkhidmatan yang ditawarkan.

iii) Kemahiran Konsep – Kemampuan untuk melihat konsep perniagaan secara keseluruhanya. Seseorang yang mempunyai Kemahiran Konsep yang baik dapat melihat perkaitan antara perniagaan dan pelanggan. Sebagai contoh matlamat perniagaan adalah keuntungan manakala pelanggan mengharapkan kepuasan atas nilai produk/perkhidmatan yang diurusniagaakan.

iv) Kemahiran Pengurusan Masa – Kebolehan untuk melakukan tugas yang perlu disempurnakan dalam masa yang ditetapkan. Perkara yang dilengah-lengahkan akan menimbulkan masalah. Individu yang cekap perlu menentukan tugas yang amat penting disiapkan dengan segera. Seseorang pemasar perlu bergerak pantas dalam setiap aktiviti kerjanya, menyempurnakan atau menghantar barang dagangan mengikut tempahan yang telah dijanjikan kepada pelanggan.

v) Kemahiran Membuat Keputusan – Kebolehan untuk menentukan sesuatu perkara secara cekap dengan mengambil kira pelbagai faktor dalaman dan luaran. Keputusan yang diambil merupakan penentu berjaya atau gagalnya sesuatu tugas pemasar.

4. Promosi – Promosi adalah satu cara atau kaedah pemberitahuan atau menawarkan produk atau perkhidmatan dengan tujuan untuk menarik bakal pengguna untuk membeli atau menggunakannya. Dengan adanya promosi pengeluar atau pengedar mengharapkan peningkatan ke atas jualan mereka.
Tujuan promosi di antaranya adalah:

• Menyebarkan informasi produk kepada sasaran pasaran.
• Untuk meningkatkan atau melonjakkan jualan.
• Untuk mendapatkan pelanggan baharu dan mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada.
• Untuk menjaga kesetabilan jualan.
• Menonjolkan kehebatan produk dibandingkan produk pesaing.
• Mempengaruhi pengguna agar memilih produk jualan mereka.

5. Pengedaran
Apa itu Pengedaran?
Pengedaran bermaksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa dengan wujudnya pengedaran ini akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, juga dalam kuantiti yang diharapkan.

Dalam memasarkan produk dalam pasaran, pengeluar menyerahkan sebahagian tugas jualan kepada orang tengah. Orang tengah atau perantara pemasaran inilah yang banyak membantu dalam menggerakkan produk tersebut. Orang tengah terdiri daripada pemborong, peruncit, ejen, broker, wakil pengilang dan sebagainya. Diantara elemen-elemen penting yang perlu ada apabila kita membincangkan tentang pengedaran ialah pemborong/pengedar, peruncit, lokasi, inventori dan pengangkutan.

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.