Home Food & Beverages Kak Nor Ketengah Kuih Tradisional – nekad mengambil keputusan untuk berhenti bekerja...

Kak Nor Ketengah Kuih Tradisional – nekad mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di bank semata-mata putu bambu

1083
0
Putu Bambu Pandan dikukus sebelum dijual kepada pelanggan

Kak Nor Ketengah Kuih Tradisional

Legasi sebuah keluarga meneruskan usaha ibu mereka, Puan Normah Omar sejak enam tahun lalu dalam mengusahakan makanan tradisional  Melayu  secara lebih serius di Sri Petaling telah berjaya sehingga mampu melebarkan sayapnya ke Labuan.

“Bisnes kami sememangnya bisnes adik-beradik. Kami dah biasa tolong mak menjual putu bambu dari dulu dan sekarang tanggungjabawab kami adalah sama-sama usaha untuk menaikkan nama Putu Bambu Kak Nor.”

Puan Shafiza (kanan) dibantu oleh adik-beradiknya menjalankan perniagaan Putu Bambu Kak Nor

Pengurus Putu Bambu Kak Nor, Puan Nurul Shafiza, 29 tahun nekad mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di HSBC Bank bagi memberikan fokus untuk membangunkan perniagaan putu bambu secara lebih meluas di Malaysia.

“Ibu belajar dari seseorang di kampung tentang proses membuat putu bambu. Beliau try and error mengolah resepi yang diperoleh bagi mengekalkan kelembutan dan rasa yang lebih sedap.” Katanya.

Pelanggan sanggup beratur untuk mendapatkan Putu Bambu Kak Nor

Bercerita lebih lanjut, beliau mengatakan perniagaan Putu Bambu Kak Nor adalah tertumpu di pasar-pasar malam dan pasar tani iaitu di Sri Petaling, Jalan Radin Anum pada setiap Selasa, Pasar Malam Bangi Seksyen 4 sebaris dengan Petronas setiap Rabu dan Jumaat, Pasar Malam OUG Jalan Hujan Rahmat pada setiap Khamis serta Pasar Tani Lorong Tengah Jalan di Jalan Raja Chulan.

“Harga yang kami tawarkan adalah RM3.00 untuk 5 biji putu bambu. Kami masih menetapkan harga yang sama meskipun para pesaing telah menaikkan harga sehingga RM4.00, apa yang membezakan putu bambu kami adalah bisnes ini kami kendalikan sepenuhnya, kami sendiri yang sediakan bahan-bahan putu bambu dan juga melayan pelanggan. Perkara sebegini yang sebenarnya membuatkan pelanggan lebih ingat kepada kami.”

Menurutnya, Putu Bambu Kak  Nor yang siap dikukus mampu bertahan sehingga 24 jam. Ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan yang memperlihatkan pengeluaran mencecah 10,000 hingga 15,000 biji setiap bulan, tidak termasuk dengan jumlah event pada hujung minggu.

Berhasrat untuk mengembangkan lagi sayap bisnes ini, Puan Shafiza gembira menyatakan bahawa Putu Bambu Kaknor bakal bertapak di Labuan dan Sabah yang diuruskan oleh rakan perniagaannya.

“Putu Bambu yang bestseller adalah Putu Bambu Pandan. Semua kena try kerana Sekali Order, Confirm Repeat! Kami menawarkan Delivery Order sekitar KL dan Selangor serendah RM50 untuk apa-apa event. Bukan itu sahaja, kami turut menyediakan Live Cook Putu Bambu di majlis-majlis sekitar KL dan Selangor dengan harga RM300 untuk 500 pek putu bambu. Pelanggan dinasihatkan untuk menempah terlebih dahulu.”

Bagi perancangan seterusnya, beliau bakal mengadakan program Zero To Hero menjelang tahun hadapan. Program ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang serius untuk menjalankkan bisnes putu bambu tanpa modal permulaan.

FB& ig: Putu Bambu Kaknor

Oleh: Siti Nur Zuraikha Yaacob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.