Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) membuka peluang kepada syarikat peringkat pertengahan menyertai Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP), bagi gelombang empat.
Permohonan itu dibuka sehingga akhir suku pertama tahun depan dan dijangka berlangsung pada pertengahan atau akhir suku kedua 2017.
Timbalan Menteri Miti, Datuk Chua Tee Yong berkata, MTCDP terbuka kepada semua syarikat dari pelbagai sektor, yang mempunyai perolehan tahunan antara RM50 juta dan RM500 juta dalam sektor pembuatan serta antara RM20 juta dan RM500 juta (sektor perkhidmatan)-Bernama.