KUALA LUMPUR, 22 Dis — Diskaun 10 peratus kadar tol bagi kenderaan Kelas 1 ditawarkan di Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) bersempena perayaan Krismas.
Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff dalam kenyataan, berkata diskaun itu ditawarkan pada Ahad ini mulai 12.01 pagi hingga 12 tengah malam, membabitkan semua plaza tol BESRAYA, NPE dan plaza tol Ampangan di LEKAS – Bernama.