Friday, December 14, 2018
Advertisement

SEBELUM (BERMULA 2010)

…KINI

Majalah MindaNiaga (m-niaga.com.my) merupakan sebuah laman web yang direka khas sebagai sokongan perniagaan kepada para usahawan dalam mengiklan, mempromosi dan membina satu jaringan perniagaan sesama usahawan.

Majalah Minda Niaga juga berperanan sebagai direktori perniagaan yang boleh menjadi sumber rujukan orang ramai dalam dunia perniagaan alam maya. Sesiapa sahaja boleh menjadi “member” dan menerbitkan iklan, promosi atau apa jua info perniagaan selagi mana tidak menyalahi undang-undang agama dan Negara.

Syarikat Penerbitan Minda Niaga adalah merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam pembangunan laman web ini, kami adalah…

Ketua Pengoperasian

Sdr Baharim Sukari, beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam dunia perniagaan dan pembangunan modal insan termasuklah bidang kejurulatihan dan motivasi. Terlibat dengan aktifnya terhadap syarikat-syarikan pegangan dan milikannya seperti;

  • SC Creative Sdn Bhd
  • SC Creative Solutions Sdn Bhd
  • Penerbitan Minda Niaga dan,
  • BS Cemerlang Enterprise.

Ketua Penerbitan

Kamri Mohamed Kamaruddin

Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang media dan pengiklanan. Pernah berkhidmat di beberapa stesen tv dan radio terbesar di Malaysia.

Disamping memiliki Ijazah dalam bidang Media dan Komunikasi (UiTM), beliau juga merupakan  pemegang Sarjana dalam bidang Pengurusan.

Teknikal & IT

SOBRI RAMLI, mempunyai pengalaman dalam pembinaan laman web selama 8 tahun dan telah menghasilkan lebih daripada 70 laman web perniagaan, korporat & universiti.

Beliau juga menghasilkan sistem peperiksaan online untuk Fakulti Sains & Teknologi UKM serta gamification untuk Fakulti Sain & Teknologi Maklumat, UKM.

Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar sebagai pensyarah jemputan di Politeknik Nilai untuk kursus Diploma E-Commerce.

Dari segi penyebaran berita, beliau kini bertanggungjawab memastikan kelancaran operasi sebuah portal media berlesen iaitu malaysiagazette.com. Beliau bertanggungjawab dalam memastikan laman portal tersebut tidak diganggu oleh serangan siber dan prestasi portal tersebut dalam keadaan pantas & terbaik.

Media & Kreatif

Hezle Helan a.k.a. Zack*

Berpengalaman 21 tahun dalam bidang kreatif, beliau sangat gemarkan idea di luar kotak. Berbekalkan ijazah perfileman dari USM dan University of Minnesota, AS, beliau pernah terlibat dalam pelbagai produksi filem, drama, dokumentari dan animasi tanahair mahupun luar negara.

Dari skrip, diterjemah ke lensa kamera, dan disunting melalui pasca produksi, beliau arif untuk menjadikan suatu seni audio visual itu bersifat komersial dan inovatif. Pengalaman beliau menerima beberapa anugerah perfileman dan mencipta Malaysian dan Guinness Book of Records membakar semangat beliau untuk terus berkarya dan mencetus idea yang menjangkau pemikiran konvensional.