Home Inspirasi Niaga DIHA EXCLUSIVE PRODUK KIAN CEMERLANG DI MALAYSIA

DIHA EXCLUSIVE PRODUK KIAN CEMERLANG DI MALAYSIA

107
0

DIHA EXCLUSIVE PRODUK KIAN CEMERLANG DI MALAYSIA

Penulis: Abdul Zainul Haziq bin Abdul Rahim / UPM

TELOK EMAS – Bermula dengan minat terhadap fesyen wanita, AIDA MARDIAH BINTI ASHRAF, 22 tahun, kini menjadi usahawan tudung jenama sendiri. Diha Exclusive merupakan jenama yang diusahakan sejak tahun 2019 menfokuskan perniagaan tudung yang sesuai untuk pelbagai jenis lapisan masyarakat dengan harga mampu milik. Perniagaan ini dijalankan dengan usaha sama dan sokongan rakan perniagaan beliau iaitu ibunya sendiri. Mereka sentiasa memastikan produk-produk yang dihasilkan berkualiti tinggi, cantik dan mengikuti fesyen Muslimah terkini. Artikel ini akan mengungkap kisah perjalanan usahawan muda dalam menjadikan impian dan hasrat beliau tercapai walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan risiko yang merupakan ‘asam garam’ bagi seseorang usahawan dalam menjalankan perniagaan.

Gambar Cik Aida Mardiah binti Ashraf

Tahun 2019 merupakan fasa utama bagi merealisasikan impiannya untuk mewujudkan jenama sendiri. Nama Diha Exclusive dipilih sempena nama panggilan beliau oleh keluarga dan rakan-rakan manakala perkataan ‘exclusive’ ini merupakan simbolik produk-produk yang dihasilkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri “Elemen-elemen ini menjadikan produk saya lebih istimewa” katanya. Beliau juga menjelaskan bahawa perniagaan ini dijalankan adalah untuk memperolehi pendapatan sampingan untuk dirinya dan keluarga seiring dengan minatnya yang mendalam dalam bidang fesyen ini,

Shawl yang mendapat permintaan tertinggi daripada pelanggan

Menjadi asam garam perniagaan, Aida menyatakan bahawa pada peringkat permulaan, perniagaannya agak merudum dan kurang mendapat sambutan masyarakat kerana ketidakpercayaan terhadap produk tempatan. Isu tersebut tidak sesekali mematahkan semangat anak usahawan muda ini untuk terus ke hadapan dan menganggap ujian yang dihadapi sebagai pemangkin semangat untuknya menambah baik produk dengan strategi terbaharu dan efektif untuk perkembangan perniagaannya.

Akaun rasmi diha_exclusive di Instagram

Pada tahun 2020, perniagaan ini berkembang maju, respon-respon pembeli juga positif menerusi akaun rasmi diha_exclusive di platform Instagram, Facebook, dan Twitter. Lebih membanggakan apabila terdapat pembeli daripada Sabah dan Sarawak yang menjadi pelanggan tetap terhadap produk ini. Ianya mampu menjadikan jenama ini dikenali di seluruh negeri di Malaysia melalui saluran sosial media. Penjualan secara atas talian (online) ini merupakan strategi yang dilaksanakan oleh beliau bagi mengatasi permasalahan terdahulu yang hanya berfokuskan kepada jualan dan penghantaran di negeri Melaka sahaja. Strategi yang berkesan merupakan langkah efektif kerana ianya membantu mendedahkan pembeli di dalam dan luar negeri untuk memngetahui keistimewaan produk ini dan membelinya. Perniagaan ini terus berkembang maju dengan lantikan ‘dropship’ hampir seluruh negeri di Malaysia yang merupakan ejen jualan produk tudung eksklusif tempatan ini.

Varieti warna bagi tudung jenis Bawal

Beliau juga menginginkan jenama ini dapat diperluaskan bukan sahaja di dalam negara ,malah di luar negara dan mampu menjadikan jenama ini gah yang membawa jenama pembuatan dari Malaysia di persada antarabangsa. Menurut Aida, ideologi perniagaan yang berfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan yang ingin mendapatkan hasil tudung yang berkualiti tinggi dan menarik dengan harga berpatutan ini dapat dikekalkan kerana ia merupakan misi jenama ini kepada masyarakat.

Beliau juga sempat berkongsikan beberapa saranan kepada bakal usahawan untuk dijadikan panduan dalam diri seperti mempunyai sifat berani. Mereka perlu mengambil risiko dan tidak berputus asa dalam menjalankan perniagaan untuk mencapai fasa keuntungan dan perkembangan. “Jangan pernah sesekali mengeluh dan berdiam diri dan hendaklah bergiat aktif mencari solusi” kata beliau. Keluhan sesetengah pelanggan yang inginkan kesempurnaan hendaklah dijadikan sebagai inspirasi dan idea untuk penghasilan produk yang lebih baik. Selain itu, keyakinan yang tinggi perlu disemai dalam diri mereka. Kepercayaan seratus peratus ini adalah terhadap keberhasilan produk yang dipasarkan selepas perancangan dan strategi tercapai. “Menjadikan seseorang itu contoh amat baik, tetapi jangan mudah berputus semangat jika pencapaian kita tidak setanding mereka, malah terus maju ke hadapan” kata beliau sebelum sesi temu ramah tamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.