Home Inspirasi Niaga Usahawan Muda Mampu raih jualan RM100k sebulan

Usahawan Muda Mampu raih jualan RM100k sebulan

246
0

Oleh Nur Nuha Narisya Bt Mustakim – UPM

KOTA BHARU KELANTAN – Seorang remaja yang bernama Che Nur Salwani binti Sawadi berusia 21 tahun yang menetap di Kota Bharu Kelantan merupakan ‘Super Stokis’ Bougas Beauty. Beliau berjinak dalam bidang bisnes sejak berumur 18 tahun, pada mulanya salwani membuat bisnes itu sebagai kerja sambilan sahaja sambil menunggu keputusan SPM dan mempunyai duit poket untuk membeli barang keperluan sendiri seperti beg tangan, telefon dan lain-lain. Tetapi siapa sangka selepas setahun beliau berkecimpung dalam dunia bisnes beliau dapat membuka satu pejabat dan setor untuk untuk menyimpan stok barangan perniagaanya.

Tujuan Salwani membuat bisnes ini adalah untuk membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan untuk orang lain. Beliau mahu membantu lebih ramai lagi usahawan muda yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan. Seperti yang diperkatan, kini beliau telah mempunyai 4 orang stokis, 5 orang super agent, 10 orang agent dan 10 orang mini agent yang bergerak bawah beliau.

MARCH 2021 Salwani telah berjaya mendapat ranking Top 3 Super Stokis Bougas Beauty dalam Malaysia dengan jumlah restock beliau pada bulan itu adalah RM85,635 dengan jumlah jualan mencecah RM150,000 sebulan dan pada bulan April 2021 salwani telah mendapat award Best Of Content Marketing Bougas Beauty. Terdapat banyak lagi kejayaan yang Salwani telah capai.

Harapan Salwani agar syarikat JS LEGACY dapat membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada orang ramai tak kisah dari sudut logistic, admin, ataupun pengurusan”. Beliau juga berharap agar suatu hari nanti beliau akan membuka butik-butik kosmetik di seluruh Malaysia dengan berkonsepkan “one stop centre” yang meletakkan produk-produk keluaran tempatan di bawah satu bumbung.

Kesimpulannya, jangan takut untuk memulakan sesuatu perniagaan. Jika ingin memulakan perniagaan mula lah dari bawah. Jangan takut untuk bermula kerana apabila kita menunggu sempurna ibarat kita menunggu selamanya. Tiada waktu sempurna sebab apabila kita sudah mula bisnes, sepanjang perjalanan bisnes kita akan dapat mempelajari pelbagai pengalaman. Apabila kita sudah mula bisnes, kita perlu buat sampai jadi walaupun dicemuh, dicaci, dikeji kerana kita akan dapat kemanisan di penghujung jalan, kata Salwani.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.