Home Inspirasi Niaga Dari sebuah gerai, Berkembang menjadi kilang

Dari sebuah gerai, Berkembang menjadi kilang

81
0

Oleh Nur Izazi Rosli/UPM

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan bumiputera yang lain. Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 oleh Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap, ia merupakan cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kejayaannya bukanlah dapat dikecapi dalam sekelip mata, tetapi harus mengharungi pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hati, beliau berjaya mengembangkan perniagaannya dari sebuah gerai menjual burger sehingga berjaya membuka kilang pemprosesan daging burger. Kadar pengeluaran kini mencecah sehingga 30 tan daging sehari berbanding pada peringkat awal hanya 300 keping sehari. Selepas 20 tahun kadar jualan tahunan kini mencatat sehingga RM42 juta.

Daripada pemerhatian beliau, semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal tahun 1970an, kebanyakan makanan sejuk beku tidak pasti halal haramnya. Perkara ini telah mencetuskan idea buat beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal buat umat Islam diseluruh negara. Sifat ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang, berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah berputus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah memberi peluang kepada beliau untuk mengorak langkah memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting dalam pembangunan sesebuah perniagaan.

Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni bersama isterinya Datin Hajjah Shala Siah binti Abdul Manap.

Dato Dr Ramli juga mengakui bahawa sokongan kuat keluarga adalah amat penting dalam kejayaannya, terutama isteri dan keluarga yang sentiasa setia memberikan dorongan. Di samping itu, beliau sentiasa berpegang pada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan. Beliau juga tidak pernah mengambil ringan dan memberi perhatian pada setiap aduan serta pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan, beliau tidak pernah mengambil remeh dan cuba memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tersebut untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Ini jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihannya, beliau telah berjaya merangkul Anugerah Usahawan Terbaik sebanyak beberapa kali.

Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasil lautan berjenama Ramly. Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati. Burger Ramly telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia dan amat mudah didapati di mana sahaja. Burger Ramly juga telah berkembang sehingga ke Singapura dan mendapat tempat di hati penduduk di sana.

Kini, Ramly Food Processing telah mempunyai 2 buah kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Dalam waktu yang sama, syarikat mampu menawarkan banyak peluang pekerjaan dari peringkat pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal tembus ke pasaran antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.