Home Inspirasi Niaga Arif Software Engineer ke Mesin Rambut

Arif Software Engineer ke Mesin Rambut

78
0

Oleh: Mohammad Kamil Mohd Yusop – UPM

Seorang usahawan muda yang berumur 23 tahun yang bernama Mohammad Arif bin Johari berasal dari Kuala Lumpur. Usahawan muda ini merupakan anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Perniagaan yang ia jalan ialah membuka kedai gunting rambut atau lebih dikenali sebagai “barbershop” Nama kedai gunting rambutnya ialah “Pinkbabershop” yang berada di Sri Petaling Kuala Lumpur. Mohammad Arif memulakan perniagaannya pada tahun 2018 sehinggalah ke hari ini.

Terdapat pelbagai halangan dan rintihan yang dihadapi untuk mencapai kejayaan sehingga ke hari ini. Menurut Arif beberapa perniagaan yang dia ceburi sebelum ini melalui pengalaman kegagalan dan tidak mendatangkan hasil. Sehinggalah berkat doa dan kesabaran, beliau dapat membuka sebuah kedai gunting rambut atau “barbershop” yang boleh menjadikan beliau adalah antara usahawan yang berjaya pada usia muda.

Dalam perniaggan mestilah mempunyai suka dan duka semasa menjadi usahawan. Menurut Arif dalam perniagaan ini suka dan duka itu adalah perkara biasa, tidak ada yang manis sentiasa. Terdapat cabaran yang beliau hadapai untuk memulakan perniagaan ini, menurutnya cabaran yang  dihadapi ialah semasa peringkat permulaan perniaggan beliau, kerana kurangnya pengalaman dalam dunia perniagaan. Selain itu cabaran dalam penjenamaan juga merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian dalam memastikan perniagaannya berdayasaing.

Sesekali Arif sendiri merasa penat dan lelah untuk menjalankan perniagaan beliau, bagi beliau, Allah sahaja yang tahu bagaimana penatnya untuk menjalankan perniagaan ini. Adakalanya dia mersakan dirinya sudah “give up” tapi beliau tetapkan semangat untuk terus memajukkan perniaggannya. “Allhamdilliah nama “pinkbabershop” sudah dikenali ramai pada masa ini dan perniagaannya berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama Arif juga telah berusaha untuk membuka cawangan barunya di Gombak Kuala Lumpur dan harapannya juga  supaya cawangan Pinkbabershop ini dapat di buka di setiap negeri di Malaysia.

Seterusnya, motif Arif memilih perniagaan ini adalah oleh kerana minatnya yang mendalam dalam perniagaan ini, Oleh itu menurut Arif, motifnya adalah kerana beliau tidak berminat untuk menyambungkan pelajarannya. Bidang yang beliau ceburi adalah software engineer, beliau juga mendapat tawaran untuk meneruskan pengajiannya di UK namun beliau mengangap ianya sebagai suatu bebanan menyebabkan beliau menolah tawaran tersebut.

Dengan kemahiran dan kepakaran beliau menggunting rambut orang disekelilingnya, Arif tergerak hatinya untuk membuka sebuah kedai gunting rambut dan bermulah tekad dan usahanya untuk memajukkan kedai gunting rambutnya iaitu Pinkbabershop sehingga dikenali ramai.

Akhir sekali Arif juga menitipkan pesan kepada golongan muda supaya mencuba atau mempelajari bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan dapat menilai tahap kesabaran diri untuk memulakan sesuatu perkara. Pesanan beliau kepada ushawan muda, teruskan usaha untuk memajukkan perniaggan anda, gagal dalam perniagaan itu adalah perkara biasa dalam perniagaan akan tetapi bagaimana cara kita untuk bangkit dan lawan kegagalan itu adalah penting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.