Home Inspirasi Niaga Idea Kreatif Dalam Pembuatan “DIY” Pasu Bunga Lebih Jimat Dan Murah

Idea Kreatif Dalam Pembuatan “DIY” Pasu Bunga Lebih Jimat Dan Murah

269
0
Apa Itu DIY?

DIY (do-it-yourself) atau membuat sesuatu item/barang/perkara sendiri sudah pasti dapat menjimatkan perbelanjaan samada di rumah/ pejabat atau di mana-mana sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memperuntukkan sedikit masa atau anda boleh mengisi masa lapang anda untuk melakukan atau membuat sesuatu perkara sendiri.

Gunakan pengetahuan diiringi dengan daya kreatif anda untuk membuat/ mencipta sesuatu perkara itu. Anda boleh mendapatkan idea melalui pembacaan atau tontonan video dari mana-mana sumber maklumat, sebagai contoh di Google, YouTube atau di media-media sosial.

Video di atas adalah perkongsian saya tentang pembuatan pasu bunga, idea ini tercetus apabila saya menghadapi masalah untuk mendapatkan pasu bunga kerana banyak nursery atau kedai-kedai tidak beroperasi akibat PKP.

Kepuasan adalah keutamaan! Pada saya kepuasan itu akan timbul apabila kita dapat merealisasikan idea-idea kreatif kita dengan menggunakan sumber-sumber barangan recycle yang mudah didapati dan murah.

Video ini juga boleh dijadikan panduan untuk anda membuat pasu, bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah ianya juga boleh dijadikan perusahan kecil-kecilan di rumah.

Bahan dan kos pembuatan pasu bunga seperti di tunjukkan dalam video di atas:

  1.  Tuala/kain lama / Kos “free”
  2.  Simen 5kg / Kos di antara RM5 ke RM10
  3.  Cat 2 tin / Kos di antara RM15 ke RM20

Kesimpulan, apa pun boleh dilakukan jika kita berkemahuan dan usaha serta berkomitmen.

Oleh: Baharim Sukari

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.