Home Inspirasi Niaga Yasmin Gadis Manis Usahawan Ufora Kosmetik

Yasmin Gadis Manis Usahawan Ufora Kosmetik

524
1

“Mungkin Allah jentik hati saya untuk tengok status whatsapp…”

Oleh: NURUL IZZAH IZZATI BINTI SOHAR

TEMERLOH – “Sambil melawa, sambil buat duit.” Itulah yang dikatakan oleh Nur Afiqah Yasmin Ramli, 22, apabila ditanya kenapa dia memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjual Ufora kosmetik.

Yasmin mendapat inspirasi untuk menjual produk kosmetik apabila dia melihat status whatsapp rakannya, Hedayah Shah yang juga merupakan idolanya dalam bidang perniagaan kosmetik. Mereka berkenalan semasa sama-sama menghadiri kelas ‘marketing’ di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Yasmin bersama produk Ufora Cosmetics

“Saya jarang tengok status whatsapp orang tetapi pada satu hari ni, mungkin Allah jentik hati saya untuk tengok status whatsapp Hedayah yang selalu post mengenai produk Ufora kosmetik dan dari situlah saya mula tertarik untuk menceburi bidang perniagaan kosmetik.”

Betullah, aturan Allah itu sangat cantik.

Yasmin mula menjual Ufora kosmetik pada awal bulan Januari 2020. Pada tiga bulan pertama perniagaannya, dia hanya berusaha sendirian untuk menstabilkan perniagaannya. Setelah semuanya stabil, Yasmin mula membuka peluang kepada suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan dengan menjual produk Ufora kosmetik.

Katanya, selain daripada perniagaan kosmetik ini, dia juga perlu fokus untuk menjaga kedai makan yang telah diusahakan oleh keluarganya. “Kadang-kadang walaupun saya penat sebab kena jaga kedai pada waktu siang, tetapi saya tetap gagahkan diri untuk coaching team pada waktu malam.”

Yasmin memberi tunjuk ajar kepada agen baru

Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk memberi tumpuan kepada dua jenis perniagaan dalam satu masa.  Namun, Yasmin perlu kuat untuk meneruskan usaha bagi mencapai matlamatnya iaitu membantu lebih ramai orang di luar sana yang ingin menjana pendapatan.

Asam garam kehidupan, Yasmin juga manusia biasa yang pernah melalui detik kekecewaan apabila dia sudah memberikan komitmen yang terbaik kepada anak didiknya tetapi ada di antara mereka yang menarik diri dari perniagaan kosmetik itu dengan alasan sibuk belajar dan bekerja. Ada juga agen Yasmin yang mampu berjaya menguruskan perniagaan sambil belajar dan bekerja. Hal ini menyebabkan Yasmin lebih bersemangat untuk membantu mereka yang benar-benar ingin berjaya.

Yasmin tidak lokek untuk berkongsi ilmu

Ujar Yasmin, dek kerana kesibukan menguruskan perniagaan kedai makan milik keluarganya, dia sering terlepas untuk menyertai sesi perkongsian maklumat baru daripada usahawan-usahawan yang lebih senior. Walau bagaimanpun, perkara seperti itu tidak akan sesekali mematahkan semangatnya malah ia menjadikan Yasmin semakin tabah dan cekal dalam bidang perniagaan.

“Berniaga lah dan bantu orang di luar sana yang mahu menambah pendapatan untuk membantu keluarga atau pasangan.”

“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.”

Itulah antara nasihat Yasmin kepada para pembaca yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.

Katanya lagi, “berniaga ni seronok kalau kita betul betul fokus dan komited sebab tindakan kita sekarang yang akan menentukan di mana kita pada masa hadapan.” “Sekiranya kita berniaga, kita boleh beli apa yang diidamkan menggunakan hasil duit perniagaan sendiri. Buat apa nak tunggu duit masuk hujung bulan je kalau boleh dapat duit hari hari kan.”

Kata-kata Yasmin itu sedikit sebanyak mungkin dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja  yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.