Home Inspirasi Niaga Usahawan berjaya Dato Aliff Syukri – Cabaran besar dituduh terbabit dalam kes...

Usahawan berjaya Dato Aliff Syukri – Cabaran besar dituduh terbabit dalam kes penipuan Macau Scam

226
0

Oleh: DING BAKAN

Aliff Syukri Kamarzaman merupakan ahli perniagaan, penyanyi dan pelakon Malaysia yang berjaya hasil daripada usahanya sendiri yang tidak pernah mengenal penat dan lelah untuk berusaha sehingga dia berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 3 April 1987 Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia dan merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.

Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau juga telah belajar di sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di sekolah Intergrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan lima dan melanjutkan lagi pelajaran ke Taylor College. Dan beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun Bersama rakan sekerjanya, iaitu Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada masa itu. Beliau juga mula berjinak dalam dunia perniagaan sejak di bangkuh sekolah lagi iaitu pada beliau berusia tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Benam, Selangor.

Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, dan akhirnya usaha beliau membuahkan hasil dengan membina perniagaan yang dikenali orang ramai. Beliau juga berasal dari keluarga yang sederhana dan penuh kekurangan, keadaan ini yang membuat beliau amat menghargai setiap sen yang diperolehi. Dengan semangat yang kuat dalam perniagaan dan impian beliau yang teringin hidup senang membuatkan beliau bertambah untuk bekerja lebih keras lagi. Pada ketika itu, beliau hanya menjual jeruk mempelam dan jambu di sekolah untuk memperolehi diut saku. Kesungguhan dalam penjualan apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk. Perniagaan yang dilakukan oleh beliau secara kecil-kecilan itu menyebabkan beliau bertambah yakin kepada diri sendiri sehingga beliau melakukannya ketika beliau masuk ke alam sekolah menengah dengan menjual pelbagai lagi produk jualan seperti kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Selain itu, setelah tamat zaman persekolahan beliau juga menjalankan perniagaannya dari rumah ke rumah yang lain untuk menjual pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Walaupun beliau kadang kalanya terasa malu dan segan kerana terdapat beberapa pelanggan yang tidak mahu mendengar penjelasannya ketika mempromosi produknya, namun cabaran itu terus menjadikan titik loncatan untuk beliau terus kekal berniaga dan serius dalam perniagaan.

Selepas berhempas pulas melakukan perniagaan dari rumah ke rumah, dengan bermodalkan hasil perniagaan simpanan yang ditabungkan yang dikumpul sebelumnya beliau telah menyewakan sebuah kiosk dipusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. Kerana minat yang amat mendalam dalam bidang perniagaan menyebabkan beliau berjaya menjadi seorang usahawan. Dalam hal ini, minat yang mendalam menjadikan beliau amat bermotivasi sehingga beliau banyak belajar selok belok dalam bidang perniagaan. Tambahan pula, beliau amat fokus dalam melakukan sesuatu perkara dengan sabar dan tekun, lebih-lebih lagi ketika perniagaan beliau dalam keadaan lembab dan kurang memberi hasil yang memberansangkan ketika pada peringkat permulaan perniagaan.

Dengan adanya kunci kejayaan seperti ini yang menjadikan beliau seorang yang berjaya mendirikan perniagaan sendiri yang bermula dari bawah ketika beliau tidak mempunyai apa-apa sehingga sekarang beliau berjaya dalam bidang perniagaan yang sudah lama diceburi.

Dalam menjalankan perniagaan yang penuh liku pelbagai cabaran yang di hadapi oleh beliau sebelum benar-benar menjadi seorang usahawan yang berjaya, beliau juga telah menghadapi penyakit disleksia dia mana penyakit itu sejenis gangguan dalam pembelajaran yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja. Menurut lelaki yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris ini, dia hanya mula menyedari bahawa beliau menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara. Keadaan ini menyebabkan beliau amat susah hati dan berjumpa dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan rawatan agar dapat sembuh dari penyakit itu. Namun hakikatnya, penyakit yang dihadapi oleh selebriti popular ini dengan panggilan Telajak Laris tidak dapat diubati kerana umur beliau sudah tua dan amat sukar untuk diubati pada usia itu.

Selain itu, cabaran yang dihadapi beliau apabila beliau dituduh terbabit dalam kes penipuan Macau Scam. Keadaan ini menyebabkan aset-aset milik beliau terpaksa di bekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Beliau sebaliknya memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Covid-19. Walaupun bergelar jutawan beliau sentiasa berdepan dengan cabaran dalam perniagaan, Aliff Syukri juga memberitahu pelbagai karenah dan perkara yang telah dilaluinya selama ini seperti pekerja pecah amanah, ditipu dan sebagainya.

Beliau juga memilih bentuk perniagaan produk kosmetik kerana produk ini amat mendapat perhatian oleh pengguna di pasaran terutamanya kaum wanita. Dalam hal ini, produk kosmetik ini digunakan oleh pengguna bagi membersih, mewangi, mengubah penampilan, menghilangkan bau badan, melindungi dan mengekalkan dalam keadaan baik. Oleh itu, bukan kaum wanita saja yang dapat menggunakan produk kosmetik ini tetapi sesuai juga untuk kaum lelaki. Jadi beliau tidak menunjukan penjualannya kepada sesuatu pihak saja tetapi kepada semua orang yang menginginkannya. Selain itu, beliau juga bangga menjual produk tersendiri. Dalam hal ini, beliau tidak malu dengan apa yang dijualnya kerana jika kita malu untuk menjual maka orang lain pun malu untuk membeli. Oleh itu, keadaan ini yang menyebabkan beliau berbangga dengan jualannya. Seterusnya, beliau mempunyai tujuan juga setelah berjaya dalam perniagaannya maka beliau ingin mengubah nasip keluarganya yang hidup sederhana. Hal ini kerana, keadaan keluarga yang sederhana yang menyebabkan beliau terus berjuang dalam dunia perniagaan tidak kira penat dan lelah serta untung atau rugi untuk terus bertukus lumus memasarkan produknya. Selanjutnya, beliau juga ingin mempunyai kereta tersendiri setelah berjaya dalam perniagaan, matlamat ini yang menjadi pembakar semangat beliau untuk tidak mudah putus asa untuk terus berjaya dalam dunia perniagaan seperti sekarang.

Kesimpulannya, pesanan beliau kepada semua orang adalah sesiapapun kita, hanya kita saja yang mampu mengubahnya. Selain itu, tiada stupun alas an untuk kita berjaya walaupun ayah kita seorang petani, pengawal keselamatan, atau sebagainya bukan halangan untuk berjaya. Akhirnya, bermula daari bawah kita perlulah tanam satu azam untuk terus berjaya.

JENIS PRODUK MILIK DATO ALIFF SYUKRI

  1. Slimming Bizzy Boddy.
  2. Gel Mandian Bidara Aura 7 Herba.
  3. Jamshir Herbal Body Scrub.
  4. Bizzy Boddy Contour Cream.
  5. Gentel Harumnita.
  6. Harumnita Feminine Wash.
  7. Syampoo Super Lebat.
  8. Toner Madu Propolis.
  9. Tungku Berherba Mak Bidan.
  10. Set Wajah Madu Propolis.
  11. Minyak Kelapa Dara Asli.
  12. Mukjizat Soap.
  13. Panty Liner.
  14. Payu-bust-up.
  15. Perapi dan Pelembap Rambut.
  16. Perawan Gold Plus Collage
  17. Perawan Herba Wash.
  18. Perfume Magic.
  19. Pewarna Rambut Super Lebat Hitam
  20. Primadona Coffee
  21. Primadona Gold Premix Coffee 5 in 1
  22. Pro Montok.
  23. Putih Susu Beauty Hans rani-gel.
  24. Sabun Lunas R’sdong.
  25. Kismis Pintar.
  26. Korset Ratu Kebaya.
  27. Krim Gamolex.
  28. Krim Madu Propolis.
  29. Krim Mutiara Gold.
  30. Krim Super Lebat.
  31. Lipstick Collgen.
  32. Lipstick Rosalinda.
  33. Losyen Badan Aura 7 Bunga.
  34. Losyen Putih Susu.
  35. Krim Makbul Munajat.
  36. Maskara Arab.
  37. Minyak Bayi Mak Bidan.
  38. Celak Arab Hitam.
  39. Cincin pacak Arjuna.
  40. Coffee Pacak Arjuna.
  41. Coffee Arjuna Maxx.
  42. Coklat-pintar Ibnu Sina.
  43. Diamond Foundation.
  44. Diet Gold.
  45. Gamolex Gold.
  46. Gegetah Cinta.
  47. Gel Aleo Gamat.
  48. Glow B White.
  49. Herba Detox.
  50. Ibu Susu Kambing.
  51. Beauty-soup2015.
  52. Jus Arjuna Maxx.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.