Home Food & Beverages Dua JANDA Kelantan Usahawan Nasi JJ

Dua JANDA Kelantan Usahawan Nasi JJ

890
0
Opah Zaharah dan Opah Rakiah @ 2 Janda (JJ)

Oleh: HENDRA WINARNO BIN DODI ISKANDAR

“…berusaha keras dan jangan putus asa dalam melakukan sesuatu
perniagaan…satu kegagalan dalam hidup bukanlah titik penamatnya…”

Dua adik beradik janda berasal dari Kelantan telah membuka sebuah kedai makan bersama sejak 17 tahun dahulu. Puan Zaharah Binti Haji Ismail, 78, dan Puan Rakiah@Zapinah Binti Haji Ismail, 74, dikenali sebagai “Opah”.

Opah Zaharah dan Opah Rakiah @ 2 Janda (JJ)

Mereka merupakan pemilik asal sebuah kedai makan dikenali sebagai Kedai Nasi JJ yang terletak di Kota Bharu, Kelantan yang kini juga diuruskan bersama anak-anak mereka.

“Semasa mula-mula nak niaga ada 2 orang janda, selepas itu datanglah pelanggan dan tanya nama kedai. Jadi, letak lah “JJ” sebab ada 2 janda”, kata Puan Zaharah Binti Haji Ismail, 78. Menurut beliau lagi, perniagaan ini bermula sejak tahun 2004 dan telah masuk usia 17 tahun.

Kedai makan ini menjadi istimewa kerana namanya dan juga makanan yang dijual. Nasi biasa dan diberi pilihan lauk-pauk seperti ayam goreng, ayam gulai dan sambal menjadi pilihan utama pelanggan di sini. Air ‘signature’ kedai ini ialah air sirap bandung hijau telah menjadi kesukaan ramai.

Air Bandung Hijau merupakan Air Signature

“Dulu harga sebungkus nasi hanyalah RM1, tetapi semakin meningkat tahun harganya terus naik ke RM1.50, RM2.50, RM4.00 dan sekarang RM5.00 kerana harga barang pun telah naik”, katanya.

Cabaran yang dilalui semasa mula-mula berniaga dahulu adalah ketika mereka memulakannya hanya berdua sahaja tanpa pekerja. Jadi, kesusahan untuk menguruskan perniagaan itu menjadi cabaran buat mereka.

Apabila merasa letih, mereka mula mencari seorang pekerja sahaja dan masih tidak mencukupi tenaga kerja. Mereka menambah lagi seorang lagi dan seterusnya sehingga kini telah mempunyai 10 orang pekerja.

Opah Rakiah dan pekerja Kedai Nasi JJ KB

Cabaran,suka duka..

“Memang mencabar dan adalah suka duka ketika memulakan perniagaan, terutamanya apabila melayan kerenah pelanggan yang berbeza-beza ragamnya” kata Opah.

Beliau menambah, motif memilih perniagaan jenis makanan ini adalah kerana minat dari dahulu lagi berbanding perniagaan jenis pakaian atau penjagaan kulit.

Semasa musim pandemik ‘Covid-19’ ini, Kedai Nasi JJ juga mengalami kerugian kerana terpaksa ditutup, namun apabila kerajaan membolehkan perniagaan dibuka semula Opah tidak terkecuali merebut peluang yang ada. Setelah dibuka semula perniagaan dengan SOP yang disarankan oleh kerajaan, Kedai Nasi JJ dipenuhi oleh pelanggan yang merindui masakan di kedai ini.

Nasi JJ dan ayam goreng merupakan salah satu menu pilihan ramai

Cawangan lain…

Kini, Kedai Nasi JJ mempunyai 2 cawangan lain iaitu di TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor dan di Seksyen 24 Shah Alam.

Kedua cawangan ini diterajui oleh anak Opah Zapinah iaitu Puan Rosliza Binti Junoh dan Encik Mohd Zaimi Bin Junoh. Selain itu, Kedai Nasi JJ cawangan TTDI Jaya Shah Alam, Selangor pernah memasuki program Jalan-Jalan Cari Makan kerana popular dengan Nasi JJ.

Kedai Nasi JJ ini juga pernah di ‘review’ oleh ‘youtuber’ seperti ‘Jejak Cuti RF’, Adlan Shah dan ‘Chot Sup Channel’ kerana kedai mereka ini pernah ‘viral’ dengan jualan harga makanan yang murah.

Namun, Puan Zaharah memberitahu, “harga di Kota Bharu dan di Shah Alam adalah berbeza sedikit disebabkan lokasinya di luar bandar dan bandar.

 

Pesanan buat belia…

Opah Zahara dan Opah Rakiah menitip pesan kepada pemuda-pemudi atau belia di luar sana agar berusaha keras dan jangan putus asa dalam melakukan sesuatu perniagaan. Satu kegagalan dalam hidup bukanlah titik penamatnya.

Tambah mereka lagi, untuk para belia adalah lebih baik jika kita memulakan perniagaan sendiri daripada menjadi orang yang makan gaji sahaja.

Jika ada pembaca yang ingin mencuba masakan dan mengetahu kisah Opah Janda ini, bolehlah pergi ke alamat Lot 160 Jln Taman Restu Off, Jalan Telipot 15150 Kota Bharu, Kelantan.

KEDAI NASI JJ cawangan Kota Bharu, Kelantan

Alamat untuk cawangan di Shah Alam pula adalah No. 17, Jalan Kangkung Puteri, 24/7, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor dan No. 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

KEDAI NASI JJ cawangan Seksyen 24 Shah Alam
KEDAI NASI JJ cawangan TTDI Jaya, Shah Alam

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.