Home Education & Training Program melahirkan usahawan mampan PUNB – Pemasaran digital teras perniagaan masa kini

Program melahirkan usahawan mampan PUNB – Pemasaran digital teras perniagaan masa kini

447
0

Oleh: Shirmy SAR

PULAU PINANG: Seramai 31 peserta terdiri daripada usahawan di bawah bimbingan Unit Latihan, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menghadiri kurus Pemasaran Berkesan, Kaedah, Teknik Dan Perkhidmatan Pelanggan yang berlangsung selama dua hari di Hotel Ixora, Perai bermula pada 8 hingga 9 September 2020.

Objektif kursus yang dianjurkan merupakan prasyarat daripada empat kategori kursus utama di kalangan peserta program melahirkan usahawan yang berilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan. Antara dua kursus yang dijalankan pada sesi kali ini mencakupi skop perakaunan dan pemasaran.

Fasilitator kursus atau jurulatih perniagaan saudara Baharim Sukari, berjaya menarik perhatian para peserta melalui perkongsian ilmu dan pengalaman beliau lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan dan pemasaran.

Para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan seperti penternakan ikan sangkar laut, bundle premium, pengusaha petrol pam, bengkel automotif, dobi, kejuruteraan dan pembuatan mesin, kontraktor binaan, pembekal seramik dan logam, fesyen pakaian, pengeluar susu bayi dan rekabentuk grafik dalaman.

Beberapa topik utama perniagaan telah disentuh sepanjang program berlangsung dan antaranya mencakupi teknik pemasaran berkesan dan perkhidmatan pelanggan yang dilakukan secara teori dan praktikal.

Interaksi peserta melalui perkongsian bijak ini turut memberikan impak yang amat berkesan terutamanya dalam meleraikan beberapa isu dan permasalahan menyentuh produk dan perkhidmatan serta cara untuk menyelesaikannya menggunakan kaedah ICT atau digital marketing.

Saudara Baharim juga berjaya mengenengahkan beberapa teknik menggunakan platform iklan percuma melalui portal yang memudahkan pencarian menggunakan Google SEO (Search Engine Optimization) selain bergantung kepada app social media seperti FB, YouTube, Instagram, Telegram, Whatsapp, Tik Tok dan Twitter.

Salah satu portal iklan percuma yang terbukti berkesan iaitu melalui portal M-NIAGA.COM.MY telah dijadikan platform untuk dimanfaatkan oleh peserta yang juga usahawan di mana kesemua peserta digalakkan menghantar iklan yang akan diterbitkan secara percuma.

Saudara Baharim juga menekankan bahawa, penguasaan melalui iklan digital akan dapat membantu meningkatkan populariti dan penjualan atau perkhidmatan ditawarkan oleh pengusaha kepada pelanggan. Peningkatan ini dapat menjana ROI (Return of Investment) yang lebih tinggi berbanding cara pemasaran konvensional.

Selain itu beberapa sumber yang menjadi faktor utama perniagaan seperti manusia, kewangan, fizikal, pendidikan dan emosi adalah elemen yang saling melengkapi bagi memastikan sesebuah organisasi perniagaan dapat mencapai kejayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.