Home Inspirasi Niaga Prisca Angela melebarkan sayap sebagai ikon usahawan muda

Prisca Angela melebarkan sayap sebagai ikon usahawan muda

243
0

Oleh : ALISA SPENCER

Memulakan perniagaan tanpa mempunyai pengalaman dalam bidang ini memang sukar untuk maju kehadapan dan amatlah berisiko. Tamat sahaja pembelajaran dan bergraduat sebagai Diploma in Graphic Design di salah sebuah universiti di Kuching, Sarawak, gadis ini berjaya menubuhkan perniagaannya, Prisca Empire. Namun, hasil daripada semangat dan tidak kenal erti putus asa, selama 6 bulan sebagai dropship, beliau telah berjaya membina sebuah empire nya tersendiri.

Anak kelahiran Sarawak, dibesarkan di Kuching, Prisca Angela, telah pun mendirikan sebuah perniagaan kosmetik rambut Faith Fleur hanya pada umur 24 tahun. Gadis yang berbangsa kacukkan Iban Bidayuh ini dahulunya hanya merupakan salah seorang pembeli produk Faith Fleur kerana beliau juga mengalami masalah rambut pada waktu itu. Namun, setelah produk ini memberi kesan yang positif pada dirinya, beliau tekad untuk menyertai dropship selama 6 bulan. Beliau mula berjinak dengan perniagaan kecil-kecilan ini pada tahun lepas, April 2019.

Sesudah itu, setelah 6 bulan berkecimpung dalam perniagaan dropship sahaja, beliau menjadi lebih yakin dan semangat untuk memajukan perniagaannya ke peringkat seterusnya sebagai usahawan muda. Prisca yang merupakan anak kedua daripada tiga orang beradik ini, meningkatkan lagi kebolehan diri sebagai Agent Faith Fleur selama 6 bulan juga dan sekarang telah memegang jawatan sebagai Senior Partner Faith Fleur dan stokis terbesar bahagian Kuching, Sarawak.

Berkat usaha gigihnya, beliau mampu menjana dan mencapai keuntungan dalam RM4000-RM5000 sebulan dan RM40,000 setahun. Ketika menemu ramah beliau, sebelum ini beliau juga pernah menyertai perniagaan dalam talian  yang lain dengan menjual produk seperti minyak wangi dan kosmetik. Namun, pendapatannya kurang memuaskan dan tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan ketika itu. Ketekunan Prisca yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru, mendorongnya untuk menyertai Faith Fleur. Oleh itu, beliau telah berjaya mengatasi masalah kewangannya serta impiannya sebagai Usahawan Muda Online Seller.

Produk Faith Fleur ini asalnya milik CtyMary Resources Sdn. Bhd. Produk yang berteraskan kosmetik rambut ini dapat membantu ramai wanita dan juga para lelaki di luar sana untuk menyelesaikan masalah rambut. Contohnya, masalah kelemumur, rambut bercabang, kering dan keras serta lasak di bahagian tengah kepala. Produk ini merangkumi pelbagai jenis seperti shampoo, conditioner, hair mist, tonic dan serum. Faith Fleur juga diminati ramai kerana ia mesra wuduk dan halal. Selain itu, Faith Fleur telah diiktiraf oleh KKM dan tidak mengunakan sebarang bahan kimia seperti Paraben, SLS & Soap.
Tidak lengkaplah jika sesebuah kejayaan tidak dicabar dengan pelbagai liku. Prisca mengaitkan perjalanan perniagaannya dengan pepatah Melayu, “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Sudah tentu, banyak cabaran yang dihadapi oleh Prisca sepanjang perniagaannya selama ini. Antaranya ialah berkenaan dengan stok yang amat terhad. Pada tahun 2020 ini, ekonomi negara agak terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang menyerang dunia. Oleh itu, Malaysia juga telah menyistiharkan Perintah Kawalan Pergerakkan sejak bulan Mac. Pada bulan April yang lepas, syarikat Faith Fleur tidak dibenarkan beroperasi dan kilang botol serta pembungkusan juga diarahkan untuk berhenti seketika. Oleh itu, syarikat mereka mengalami masalah stok sehingga kini. Walau bagaimanapun, stok mereka kini laris dijual dengan permintaan ramai.

Nama stokis perniagaan dalam talian bagi produk Faith Fleur oleh anak jati Sarawak ini iaitu, Prisca Empire bukan sahaja gah dan unik pada namanya. Tetapi juga, amat dikagumi oleh mentee beliau. Prisca sebagai antara stokis terbesar di Kuching, sering membimbing, memberi dan berkongsi tips perniagaan kepada mentee di bawahnya melalui pelbagai medium seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. “Bagi saya, dengan berkongsi ilmu yang ada pada diri saya kepada orang lain, tidak pernah merugikan. Malah, melihat mereka berjaya seiring dengan saya amat membahagiakan saya. Bukan itu sahaja, dengan berkongsi ilmu telah banyak memberi berkat yang berlimpah dalam perniagaan saya.”

Prisca Angela telah mendapat banyak pujian daripada pihak dropship, agent dan pelanggan dengan sikap beliau yang lemah lembut serta peramah. Sikapnya yang suka memberi aura positif kepada orang ramai ini membuatkan mereka senang dan selesa untuk mendekatinya. “Nak senang bukan lah senang, kena lalui pelbagai cabaran. Ada waktu kita gembira dan ada juga masa kita sedih.”, katanya.
Menurut Prisca Angela, “My Family is my Big Why” merupakan pendorong hidupnya untuk tetap teruskan semangat meneruskan perniagaanya sehingga kini. Berbekalkan semangat yang cukup bernilai, Prisca kini telah berjaya mempunyai mini office impiannya di rumah tersendiri dan stok produk Faith Fleurnya sering habis dijual. Oleh itu, Prisca harus membuat restock setiap bulan bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Pencapaian ini memang amat bermakna buat beliau yang baru sahaja setahun berjinak dalam perniagaan ini. Apa yang menggembirakan dirinya, beliau kini dapat menyelesaikan masalah kewangannya dan dapat membantu menyara kehidupan keluarganya. Gadis yang comel serta manis senyumannya ini, menyatakan sememangnya luaran beliau nampak ceria, namun kadang-kala beliau bergelut dengan pelbagai tantangan dan sebenarnya itu lah yang lagi menguatkan dirinya demi Prisca Empire.
Pencapaian dan sukses dalam perniagaan secara talian beliau ini sudah sememangnya mendapat dorongan yang tinggi daripada keluarga, rakan-rakan dan dirinya sendiri. “Kedua ibu bapa saya tidak pernah lelah memberi kata-kata motivasi kepada saya setiap hari dan saya merasakan jika tidak disebabkan oleh doa serta berkat mereka, mungkin saya tidak berjaya sehingga ke tahap ini.” Dorongan ini memperluaskan lagi sayapnya untuk maju dalam bidang ini. Harapan Anak Jati Sarawak ini adalah supaya perniagaannya sentiasa dalam keadaan yang baik dan dikenali bukan sahaja oleh pelanggan tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa.
Untuk mengetahui lanjut mengenai dirinya atau ingin menyertai perniagaan bersama beliau, Prisca Empire, boleh hubungi di talian 011-12625437 dan Prisca Empire (Facebook).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.