Home MN TV Norma baharu berbelanja menjelang Hari Raya Aidilfitri

Norma baharu berbelanja menjelang Hari Raya Aidilfitri

150
0

Bangi – Bermula sejak 18 Mac 2020 yang lalu, ironinya Covid-19 banyak memberi impak yang besar kepada penduduk dunia, banyak perubahan dan pengubahsuaian dalam kehidupan seharian.

Memasuki minggu terakhir bulan Ramadan ini kebiasaannya rata-rata umat Islam di Malaysia sibuk dengan membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri, gedung-gedung pakaian, butik-butik dan bazar-bazar akan dipenuhi oleh orang ramai. Berbeza pula pada tahun ini, kesibukan dan kemeriahan di pusat-pusat membeli belah tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Rata-rata pengunjung yang ditemui, mereka mengambil pendekatan positif dalam berdepan dengan norma baharu kehidupan di kala wabak Covid-19 ini melanda, berjimat, berbelanja ala kadar dan bersederhana adalah jalan terbaik bagi mereka.

Bagi para peniaga pula, tindakan kreatif dan ubah keadah pemasaran serba sedikit dapat membantu mereka membuat jualan. Sesetengah dari mereka kini memberi fokus kepada jualan secara atas talian (online).

 

Oleh Baharim Sukari | baha@m-niaga.com.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.