Home Agriculture Dari hobi, Jebat mengusahakan ternakan lobster air tawar secara komersial

Dari hobi, Jebat mengusahakan ternakan lobster air tawar secara komersial

625
0

Sebut sahaja pasal hobi, ia merujuk kepada sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang sebagai satu keseronokkan atau kesukaan tanpa ada nilai komersial atau pulangan wang ringgit.

Lain pula kisah Jebat atau nama sebenarnya Muhammad Syafiq, bermula dari hobi memelihara pelbagai hidupan seperti serangga, ikan dan udang kara kini beliau menjana pendapatan berbaloi dengan menternak udang kara atau lebih dikenali sebagai Lobster Air Tawar (LAT).

“Pada awalnya saya memelihara pelbagai jenis hidupan seperti lipan, ikan laga, ikan guppy dan ikan kelisa, selepas itu saya mencuba menternak lobster air tawar, tak sangka dari 20 ekor lobster yang saya ternak tu membiak secara cepat sehingga tak cukup tempat untuk memeliharanya. Saya terpaksa menghantar lobster-lobster ini ke kampung di Melaka untuk diusahakan dan dikormesialkan.”

“Alhamdulillah kini saya dapat kormesialkan lobster air tawar dengan menjual benih, induk dan stok untuk tujuan masakan. Pelanggan-pelanggan saya terdiri daripada orang perorangan, restoren dan hotel.”

Menurut Jebat, permintaan masa kini amat tinggi dan sukar untuk beliau memenuhi permintaan pasaran.

 

Oleh; Baharim Sukari | M Niaga

KURSUS LOBSTER AIR TAWAR

TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.