Home Inspirasi Niaga PUNB Anjur Perkongsian Bijak – Cabaran Pemasaran di Era Digital

PUNB Anjur Perkongsian Bijak – Cabaran Pemasaran di Era Digital

649
0

KOTA KINABALU: Seramai lebih 35 usahawan dari beberapa daerah utama seperti Semporna, Tawau, Kudat, Puttatan, Keningau dan lain-lain di Sabah telah menyertai program Pemasaran Berkesan: Teknik, Kaedah & Perkhidmatan Pelanggan anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Ming Garden Hotel & Residences.

Barisan peserta Program Pemasaran Berkesan Teknik Kaedah & Perkhidmatan Pelanggan (MM103-18/02) bersama jurulatih Baharim Sukari di Ming Garden Hotel & Residences pada 18-19 Februari 2020.

Program perkongsian bijak ini disertai oleh usahawan dari pelbagai jenis latar belakang perniagaan meliputi pembekal, pengeluar bahan mentah dan perkhidmatan. Usahawan yang hadir terdiri daripada pengusaha percetakan, bengkel dan mengecat, pembuatan coklat, farmasi, kedai tayar, pengusaha pra sekolah dan banyak lagi jenis perniagaan.

Program berlangsung selama dua hari bermula 18hb Februari hingga 19hb Februari 2020 ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan mewujudkan jaringan kerjasama di kalangan usahawan.

Para peserta memberikan tumpuan penuh terhadap topik pemasaran dan teknik dalam mendepani cabaran di era digital.

Program anjuran PUNB ini disampaikan oleh jurulatih dan penceramah berpengalaman dalam pemasaran dan pengurusan perniagaan lebih 20 tahun, saudara Baharim Sukari bagi menerajui program dua hari dengan fokus utama pengisian menyentuh mengenai pemasaran berkesan dan perkhidmatan pelanggan.

“Pemasaran sangat penting dan perlu melalui berapa proses untuk menjadi lebih berkesan. Interaksi melalui perkongsian ini akan dapat membuka minda dan peluang di kalangan peserta khususnya cabaran baru di era digital dan Revolusi Industri 4.0 .

“Para usahawan hari ini perlu merebut peluang menimba pengetahuan dan berkongsi pengalaman dengan mencari peluang baru untuk lebih berdaya saing dan berjaya dalam perniagaan melalui jaringan perniagaan.

“Peluang ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha atau peniaga di mana teknik dan kaedah ini akan ditunjukkan secara praktikal dan ‘live’ semasa kursus atau program ini berlangsung,” tegas Baharim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.