Home Community & Social Activities Program Selamatkan Kucing Jalanan Jawab Tomahan Bunuh Kucing

Program Selamatkan Kucing Jalanan Jawab Tomahan Bunuh Kucing

591
0

KAJANG – “Program Selamatkan Kucing Jalanan” di sini telah mendapat pujian ramai dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat setempat dan kebajikan haiwan terbiar. Program yang dianjur oleh JMB Prima Cempaka 1 dengan usahasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Prima Cempaka dan Surau As Sakinah ini, mendapat sokongan dan kerjasama baik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor dan Cat Kingdom Shelter.

Baru-baru ini netizen net dikejutkan dengan satu posting yang mengecam dan memarahi penganjur program menangkap kucing jalanan. Dakwaan posting tersebut jelas menimbulkan kemarahan warga net kerana tersalah anggap bahawa kucing-kucing yang ditangkap itu akan dibunuh.

Kami difahamkan oleh pihak penganjur, mereka bertindak sedemikian dengan menangkap kucing jalanan ini adalah demi kebajikan si comel itu. Kucing-kucing ini akan dihantar ke pusat penjagaan kucing supaya kehidupan mereka ini lebih terbela dan terpelihara. Ini sama sekali bercanggah dengan posting yang tular sebelum ini.

Semoga dengan program yang dijalankan ini dapat menjawab segala persoalan dan tomahan di atas kekeliruan netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.