Home Education & Training The BOSS 2020 Mencari keseimbangan optima…

The BOSS 2020 Mencari keseimbangan optima…

157
0

The BOSS 2020 Mencari keseimbangan optima…

Pengurusan dan pemasaran, 2 elemen utama dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Ibarat roda depan dan belakang sebuah basikal, ketiadaan salah satu akan menyebabkan kepincangan kepada seluruh organisasi tersebut. Ramai usahawan yang kadangkala terjebak dalam perangkap di mana mereka kadangkala memberi fokus hanya pada salah satu dari kedua-dua elemen utama ini.

Menyedari hakikat ini, SC Creative Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama Cerna Minda Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Pengurusan & Pemasaran Berkesan The BOSS 2020 dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi dan mengharungi cabaran tahun 2020 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, The BOSS 2020 atau Busines-Oriented Strategic System menampilkan gandingan Hisham (Champ) Hussain dan Baharim Sukari yang telah terlibat dalam industri latihan dalam bidang masing-masing selama lebih dari 28 tahun dalam melatih pelbagai lapisan masyarakat dari sektor awam dan korporat khususnya para usahawan baru mahupun yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan masing-masing.

Kursus 2 hari tersebut antaranya merangkumi asas pengurusan, kemahiran-kemahiran yang perlu, elemen-elemen penting dalam menjayakan sesebuah perniagaan, strategi pemasaran, jaringan perniagaan dan pelbagai aspek keusahawan yang diperlukan oleh setiap usahawan. Selain dari penyampaian teori, latihan praktikal juga ditekankan di mana para peserta dibimbing untuk membuat pernyataan matlamat, visi dan misi syarikat dan pelan tindakan.

Namun ’highlight’ kursus tersebut ialah showcase produk dan perkhidmatan para peserta melalui FB live menerusi FB Majalah Minda Niaga pada sebelah malam di mana setiap peserta diwawancara dan diberi peluang untuk mempersembah dan mengiklankan produk masing-masing untuk diketengahkan.

Dalam melangkah ke dekad baru 20an (2020), The Boss 2020 merupakan program penghujung tahun yang menjadi membuka tirai awal tahun 2020 dengan nafas dan semangat yang baru untuk memastikan arah tuju dan matlamat dapat dicapai secara sejajar dan sistematik.

Para Peserta Perintis terdiri dari Mohd Fadzir Ali Naluwi dan Fatin Fasihah Hamidi dari Cerna Minda Sdn Bhd, Institut Latihan program-program Professional Diploma dalam bidang Occupational, Safety & Health, Supervisory Management dan Industrial & Environmental Management, Siti Nordila Zakaria dan Aziz Saad dari Innotex System Corporation Sdn Bhd (Electronic Timing System SEIKO, pakar timing system yang banyak terlibat dalam pelbagai kejohanan olahraga, trek dan renang dan penggendali live broadcast), Mohd Nazim W Ramli dari Gunung Hub Enterprise (Outdoor Event, Hiking & Trekking Organizer), Zulkarnain Ideris dan Shirmy Abdul Rahman dari SC Creative Solutions Sdn Bhd (Pengiklanan Majalah Minda NIaga dan CCTV), Aidawatie Manshor dan Sharifah Zarith Sofia Wan Azman dari Akademi Binaan Malaysia (Pusat Latihan CIDB), Abu Khair Yahya dari DK Design (pengilang dan pembekal baju) dan Samsyir Hakimi Kamaludin (Usahawan Bebas).

Selain menambah ilmu, The BOSS 2020 juga memberi tip-tip penggunaan keyword dan copywriting praktikal yang sesuai dalam men-design iklan syarikat para peserta agar menarik dan mudah dicari oleh para pelanggan melalui SEO (Search Engine Optimization) yang digunapakai. Setiap peserta telah juga diberi bimbingan untuk membuat iklan masing-masing yang kemudiannya dimuatnaik langsung ke portal Majalah Minda Niaga yang turut menawarkan iklan secara percuma di samping iklan berbayar.

Yang pasti segala ilmu yang dikongsikan oleh Champ Hussain & Baharim Sukari dan yang  ditimba oleh para peserta pastinya tidak bermakna jika tidak diamalkan. Siri Kursus The BOSS 2020 akan terus ditawarkan khususnya pada tahun 2020 dengan memberi tambahnilai kepada para usahawan yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan mahupun mereka yang telah lama berkecimpung dalam industri perniagaan masing-masing kerana ianya sentiasa ditambahbaik dengan pelbagai sajian semasa yang pastinya menarik perhatian mereka yang mendambakan ilmu-ilmu baru dan segar di pasaran.

The BOSS 2020 pastinya The Best!

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.