Home Community & Social Activities Program Pembangunan Sosial – Pertanian Komuniti Membina Ukhwah

Program Pembangunan Sosial – Pertanian Komuniti Membina Ukhwah

124
0

Kajang – Program Pembangunan Sosial oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merupakan salah satu program sosial yang dibangunkan bagi tujuan untuk pembangunan dan pengikat hubungan di antara kominiti di bandar.

Menurut ucapan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj, encik Kamaruzaman Salimin program ini juga adalah merupakan salah satu usaha pihak berkuasa tempatan di sini dalam menjadikan bandar Kajang sebagai sebuah bandar rendah karbon (Low Carbon City).

Bagi pihak penduduk Pangsapuri Prima Cempaka, mereka menyambut baik program-program seperti ini kerana mereka menyifatkan ianya sebagai pengikat ukhwah dalam usaha membina satu komuniti yang harmoni dan makmur, jelas encik Saupi Mat Hasan (Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Prima Cempaka).

Syabas kepada semua penduduk Pangsapuri Prima Cempaka yang terlibat menjayakan program ini, semoga ianya mencapai objektif yang diharapkan.

Oleh Baharim Sukari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.