Home Career & Business Opportunity Tip Bisnes Stall atau Gerai Burger

Tip Bisnes Stall atau Gerai Burger

60
0

Perniagaan adalah salah satu daripada kegiatan ekonomi yang terbesar di Malaysia, tidak kira sama ada besar atau kecil ianya amat penting dalam memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.

Bagi mereka yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal yang besar, perniagaan stall/ gerai burger adalah salah satu perniagaan yang boleh anda ceburi.

Ciri-ciri perniagaan stall/ gerai burger;

  • Modal yang kecil
  • Mudah diurus
  • Bahan mentah mudah diperolehi
  • Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi
  • Margin dan keuntungan besar

Berikut adalah beberapa tip sebagai panduan bisnes stall/ gerai burger;

  • Demografi Penduduk – Kenal pasti orang sekeliling kawasan pilihan anda. Demografi ini termasuklah umur, profesi dan pendapatan isi rumah. Dengan mengetahui demografi ini, anda akan dapat mengetahui potensi perniagaan burger anda jika dijual di kawasan itu. Kawasan yang mempunyai golongan remaja yang ramai adalah kawasan yang berpotensi tinggi.
  • Persaingan – Sebelum memulakan atau mengambil keputusan untuk membuka bisnes burger anda! perhatikan pesaing di kawasan tersebut. Jika lokasi tersebut telah ada tiga stall/ gerai burger yang berdekatan adalah lebih baik anda cari lokasi lain. Jika tiada, itu satu kelebihan dan jika telah ada satu atau dua anda boleh buka tetapi anda perlu ada strategi atau nilai tambah terhadap perniagaan anda seperti kualiti yang lebih bagus, rasa yang lebih enak, layanan mesra pelanggan dan apa-apa jua yang dirasakan boleh menaikkan ‘sales’. Nasihat: Cuba elak dari menjual dengan potongan harga demi persaingan.
  • Pilihan Lokasi – Lokasi adalah antara perkara yang perlu diambil perhatian, ini adalah untuk memberi keselesaan dan stall/ gerai anda mudah dikunjungi. Cari sudut yang mudah di lihat agar kewujudan anda disedari oleh orang yang lalu-lalang di situ. Cari tempat yang mudah untuk pengungung pakir kenderaan dan menjamin keselamatan orang ramai, jangan buka stall/ gerai di bahu jalan kerana ianya berisiko tinggi.

  • Pilihan Bahan Mentah – Bahan mentah utama adalah patty, pilihan patty adalah sangat penting kerana patty bermutu, sedap dan lazat akan menyebabkan pelanggan loyal dengan anda. Cari satu kelainan patty dibandingkan pesaing anda, contoh tiada/ jarang ada patty burger ayam kampung… kini anda boleh perolehi di pasaran, cari jenama Aris Burger, mereka menawarkan pelbagai patty termasuk patty ayam kampung “killer product”.
  • Pengiklanan – anda perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk mewar-warkan perniagaan anda. Antara medium pengiklanan yang murah seperti menggunakan media sosial seperti fb, instagram dan portal-portal pengiklanan digital percuma/ murah seperti www.m-niaga.com.my. Kaedah traditional seperti buntting atau signboard juga masi relevant dalam menyampaikan maklumat perniagaan anda.
  • Ilmu – Pengetahuan tentang pengurusan bisnes termasuk kewangan dan pemasaran juga penting dalam memastikan perkembangan perniagaan anda. Cari pembekal burger yang sedia membantu, membimbing dan memberi insentif-insentif yang dapat memberi rangsangan terhadap bisnes anda.

Oleh Bahrim Sukari

KLIK UNTUK PROGRAM USAHAWAN BURGER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.