Home Career & Business Opportunity PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ARIS BURGER

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ARIS BURGER

281
1

OBJEKTIF

  • Program Usahawan Aris Burger ini mensasarkan bumiputera yang berminat untuk meneroka bidang keusahawanan dan meraih pulangan lumayan melalui potensi jenama Aris Burger yang pesat membangun.
  • Usahawan yang bersama menerusi program ini akan berkembang seiring dengan usaha yang dilaksanakan pihak Arisprop dalam mengangkat jenama Aris Burger ini sebagai peneraju industri dalam tempoh beberapa tahun mendatang.
  • Program ini adalah inisiatif dan strategi syarikat dalam membawa jenama Aris Burger lebih dekat kepada masyarakat seiring permintaan yang mendapat sambutan cukup hebat menerusi laporan semasa jualan produk Aris Burger di pasaraya-pasaraya, ejen jualan dan kedai-kedai sejuk beku seluruh Malaysia.
  • Program ini juga bertujuan memberikan pilihan citarasa kepada masyarakat yang meminati ‘street burger’ dengan permintaan pasaran yang cukup tinggi dan sebati dengan rakyat Malaysia.

KENAPA BURGER MENJADI PILIHAN?

  • Street Burger begitu sinonim dengan masyarakat di Malaysia sebagai hidangan yang ringkas, murah dan mengenyangkan. Maka tidaklah menghairankan ianya menjadi antara pilihan perniagaan paling menguntungkan dengan pasaran yang sentiasa berkembang setiap hari. Jika dilihat pada hari ini, permintaan untuk street burger ini sentiasa meningkat seiring dengan peningkatan populasi di Malaysia.
  • Jadi apakah kelebihan menjalankan bisnes burger ini sehingga menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai kerja sampingan?
  1. Kos yang rendah
  2. Mudah untuk dikendalikan
  3. Tidak memerlukan pengalaman
  4. Tidak memerlukan pekerja yang ramai
  5. Waktu perniagaan yang singkat
  6. Risiko perniagaan yang rendah
  7. Peluang meraih keuntungan yang tinggi

Program Usahawan Aris Burger

  • Program ini berkonsepkan jualan burger menggunakan ‘stall’ di pinggir jalan dan kawasan yang mudah dilihat serta dikunjungi pembeli atau lebih dikenali sebagai ‘street burger’.
  • Usahawan yang bersama dalam program ini akan dibekalkan peralatan lengkap untuk menjalankan perniagaan burger. (peralatan yang dibekalkan sila rujuk slide berikutnya)
  • Konsep perniagaan dari sudut dekorasi kedai, resipi burger dan cara masak, penentuan menu dan harga jualan adalah disediakan oleh pihak syarikat. Ianya disediakan setelah kajian pasaran dan R&D dilakukan oleh pihak syarikat dengan kerjasama usahawan burger berjaya sediaada
  • Usahawan juga akan dibekalkan pakaian seragam berlogo Aris Burger yang terdiri dari Apron, Topi dan Polo T-shirt.

KEISTIMEWAAN PROGRAM USAHAWAN ARIS BURGER

  • Modal yang rendah dan tidak membebankan
  • Latihan dan bimbingan disediakan
  • Pasaran yang meluas seiring pengembangan jenama Aris Burger
  • Promosi dan pemasaran oleh pihak Aris Burger selain dari usahawan sendiri
  • Tiada bayaran pemilikan francais dikenakan pada usahawan
  • Anugerah Usahawan Terbaik berdasarkan prestasi jualan akan diadakan secara bulanan dan tahunan yang menawarkan hadiah buat usahawan yang secara tidak langsung memberikan motivasi tambahan.
  • Sesi perkongsian idea diantara usahawan dan pihak Aris Burger juga akan dijalankan untuk memacu pertumbuhan jualan.

DAFTAR SEKARANG ‘KLIK DI SINI

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.