Home Technologies Rombo GPS Tracker Terbaik Malaysia

Rombo GPS Tracker Terbaik Malaysia

729
0

“..INI KISAH MYVI AKU HILANG DIJUMPAI SEMULA DALAM 5 JAM..”
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
“SELASA – 17 JANUARI 2017, 9.30 MALAM.
Selesai kerja di Kuala Kubu Bharu, aku bergegas balik ke ofis di Batu Caves. Masa ni aku bawak kereta company, Myvi. Dalam perjalanan pulang tu, terpaksa lalu jalan lama di Rawang. Boleh tahan lengang, sunyi dan gelap masa tu.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Tengah fokus driving tu, entah dari mana tiba-tiba ada Honda CRV langgar belakang Myvi yang aku bawak tu. Aduhh dah la lewat, eksiden pulak. Aku tak pikir panjang masa tu, terus je berhenti kat tepi jalan sebab nak setel cepat-cepat.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Pemandu CRV tu pun turun dan mintak maaf banyak-banyak. Aku jadi cool down sikit bila orang mintak maaf ni. Tengah-tengah bincang nak setel hal ni, tiba-tiba datang 2 orang naik motor. Sorang turun dari motor sambil pegang parang, terus meluru ke aku.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Dia paksa aku bagi kunci Myvi. Masa tu aku pikirkan isteri, anak-anak aku. Kalau aku kena bunuh sekarang, macam mana dengan mereka nanti. Jadi nyawa aku lagi penting masa tu. Tanpa berlengah, aku bagi je kunci kat penyamun tu.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Rupa-rupanya pemandu CRV tadi geng penyamun jugak!
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
10.00 MALAM.
Lepas penyamun dah bawak lari Myvi, aku pun terus call bos aku untuk bagitau tentang samun kereta ni. Bos aku kemudian call Pihak Polis.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
10.20 MALAM.
Polis sampai kat tempat kejadian dan tanya aku sama ada Myvi dipasang apa-apa sistem pengesan. Masa ni baru aku teringat, company ada pasang GPS Tracker Malaysia kat Myvi tu. Pegawai Teknologi company boleh monitor lokasi Myvi dari sistem pemantauan GPS Tracker in Malaysia. Aku pun apa lagi, cepat-cepat call Pegawai Teknologi tu.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
10.30 MALAM.
Pegawai Teknologi cuba mengesan lokasi Myvi menggunakan sistem pemantauan tu. Myvi dapat dikesan di sekitar Damansara dan sedang dipandu laju. Alhamdulillah aku bersyukur sangat lokasi Myvi dapat dikesan.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
10.45 MALAM.
Pegawai Teknologi berhubung dengan Polis bagi mengesan kedudukan tepat Myvi. Pihak Polis minta supaya Pegawai Teknologi teruskan memantau pergerakan Myvi sehingga Pihak Polis bersedia untuk bertindak.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
11.15 MALAM.
Myvi masih dipandu laju dan masuk ke sekitar Puchong. Masa ni Polis Puchong dah bersedia untuk bertindak dan hanya tunggu Myvi berhenti sepenuhnya supaya penangkapan dapat dibuat dengan mudah.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
11.50 MALAM.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba. Myvi berhenti di suatu kawasan perumahan. 2 orang Polis menyamar menaiki motosikal ke kawasan tersebut dan mengenalpasti 2 orang penyamun sedang berjalan menuju ke restoran berhampiran.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
12.15 PAGI.
Polis teruskan memantau 2 orang penyamun dalam restoran tu. Kebetulan ada lagi satu pasukan polis berada dalam restoran tu yang sedang standby untuk kemungkinan berlakunya rompakan di kawasan tersebut.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
12.45 PAGI.
Geng penyamun dah sudah minum dan berjalan ke Myvi semula. Polis yang menyamar tadi masih memantau gerak geri penyamun. Mereka juga meminta bantuan pasukan lagi satu tadi.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
1.00 PAGI.
Geng penyamun masih berada dalam Myvi. Kemudian Honda CRV tiba dan berbincang sesuatu sesama mereka. Ada 4 orang kesemuanya.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
1.15 PAGI.
Polis ambil keputusan untuk bertindak. Seramai 9 orang Polis membuat serbuan dan berjaya menahan kesemua penjenayah tu.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
1.30 PAGI.
Polis maklumkan bahawa Myvi dilarikan sebab penjenayah nak guna Myvi untuk rancangan rompakan pada malam yang sama.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
2.00 PAGI
Aku diminta polis untuk mengesahkan Myvi yang disamun dan mengecam penjenayah terbabit.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Syukur sangat dapat jumpa semula Myvi. Tak sia-sia company pasang personal GPS tracker Malaysia ni. Bukan setakat dapat kereta balik, malah rancangan rompakan malam tu pun berjaya dipatahkan!”
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Kalau korang nak tahu cara nak dapatkan Sistem GPS Tracker ni, terus ke website https://therombogroup.com/rombo-gps
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Semoga kenderaan korang sentiasa selamat dan korang pula sentiasa tenang jiwa dan minda! Baru rezeki laju masuk!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.