Home Beauty & Health Barbershop Terbaik Di Kuala Lumpur

Barbershop Terbaik Di Kuala Lumpur

132
0

Gentlemen’s Tonic, sebuah rangkaian kedai gunting rambut dan spa yang khusus untuk lelaki, ala tradisional berkonsepkan urban yang diasaskan di metropolitan elit Mayfair, kota London pada tahun 2004. Ia juga pengeluar rangkaian produk penjagaan kulit serta dandanan untuk jejaka. Rangkaian kedai antarabangsa ini yang telah menapak di bandar-bandar ternama seluruh di dunia, kini telah menembusi pasaran baru di Asia Tenggara, di mana permintaan untuk dandanan lelaki berkembang dengan begitu pesat. Kuala Lumpur merupakan lokasi kedua Gentlemen’s Tonic di Asia, selepas Hong Kong yang ditubuhkan pada tahun 2011.
Gentlemen’s Tonic ialah premis dandanan mewah serba eksklusif untuk jejaka yang menawarkan perkhidmatan profesional, maskulin, dengan penuh ketelitian, sekaligus menaikkan imej perkhidmatan dandanan lelaki di Malaysia ke suatu tahap yang baru. Gentlemen’s Tonic merupakan penyelesaian yang paling sesuai untuk kehidupan zaman moden yang penuh dengan tekanan dan kesibukan. Dengan elemen nostalgia yang diserlah dengan aura kemodenan, tema Gentlemen’s Tonic ini memberikan suatu pengalaman dandanan yang ternyata menenangkan.
Sebaik sahaja pelanggan menjejakkan kaki ke Gentlemen’s Tonic, mereka dimanjakan dengan fasiliti dan kemudahan bertaraf premium oleh kakitangan berdedikasi dan berkemahiran tinggi. Sajian minuman, bahan bacaan serta alunan musik yang tenang ditawarkan sewaktu pelanggan mendapatkan perkhidmatan sambil berehat dalam suasana yang tenang dan santai,
Gentlemen’s Tonic menawarkan menu yang direka khusus untuk rawatan bagi jejaka moden, merangkumi perkhidmatan ,mencukur dan gunting rambut termasuk rawatan muka. Pakar pakar nya juga menyediakan perkhidmatan mereka bentuk janggut, mewarna dan dandanan unik – sekaligus memastikan para jejaka tampil segar, segak dan bertenaga apabila mereka melangkah keluar daripada Gentlemen’s Tonic.

Lokasi Cawangan
Gentlemen’s Tonic (Publika)
D5-G3-3, Solaris Dutamas Publika, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Tel: +603 6412 8660

Gentelmen’s Tonic (Robinsons, Shoppes At Four Seasons Place)
L2-02, Level 2, Robinsons, Shoppes At Four Seasons Place, 145, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur.
Tel: +6012 257 6090

Website: www.gentlemenstonic.com
Instagram @gentlemenstonicmy
Facebook Gentlemen’s Tonic Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.