Home Public Announcement Elakkan beli, makan dan tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama Melayunya Ikan Bayan

Elakkan beli, makan dan tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama Melayunya Ikan Bayan

10097
0

 

Elakkan beli, makan dan tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama Melayunya Ikan Bayan.

Admin selalu nampak ikan ni dijual di pasar basah. Yes, memang ada yg kata ikan ni sedap tapi, parrotfish ni semakin lama semakin berkurang dan ianya adalah antara ikan terpenting di ekosistem terumbu karang. Bila kurang permintaan, maka tiada lg pihak yang akan menjualnya.

Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari). Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.

Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Dan hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir. Dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya! Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Maybe boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.

Sudah tibanya pelbagai pihak menyuntik kesedaran kepada nelayan dan para pemancing untuk tidak lagi menangkap ikan ini. Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.

Gambar kredit: Fii Tee

Info kredit:
http://www.talkaboutfish.com/red-fishes-basses-c…/parrotfish

https://blogs.iadb.org/caribbean-dev-t…/…/red-snapper-maybe/

https://www.iucn.org/…/latest-iucn-red-list-assessment-find…

http://marinesciencetoday.com/…/parrotfish-help-keep-coral…/

https://www.nature.com/articles/nature02691

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.