Home Career & Business Opportunity Ameran Usahawan Hartanah, Mencipta Kejayaan Dengan Jualan Kumpulan RM66.2 Juta

Ameran Usahawan Hartanah, Mencipta Kejayaan Dengan Jualan Kumpulan RM66.2 Juta

1765
0

Kerjaya dalam bidang jualan merupakan sesuatu yang agak mencabar, ramai orang takut untuk menceburi bidang ini, ada yang kata tak suka jumpa orang, ada yang kata takut gagal terutama apabila pendapatannya hanya bergantung kepada komisen semata-mata, tiada gaji pokok atau gaji tetap. Akan tetapi ada sesetengah orang lebih suka terlibat dalam bidang jualan kerana mereka tahu kerjaya ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan dan tiada hadnya.

Kali ini MN mengupas sebuah kejayaan seorang usahawan hartanah setelah melalui cabaran-cabaran dan pahit maung dalam bidang jualan, Mohd Ameran bin Abdullah, anak kelahiran Terengganu ini mula menceburi bidang jualan pada tahun 2000 apabila berhenti kerja sebagai juruteknik di kilang. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar malam dengan menjual mainan dan berus gigi.

Ameran (kiri) bersama Rosli (rakan) ketika menjadi ejen takaful

Pada tahun 2006 Ameran telah diperkenalkan dengan satu bidang baharu, kali ini sahabat yang sama-sama berniaga pasar malam mengajak beliau menceburi bidang pemasaran takaful. Di sini Ameran banyak didedahkan dengan pelbagai teknik jualan dan di sini juga banyak kemahiran jualan dapat dikuasi beliau.

Melihat kepada peluang, Ameran memulakan kerjaya bidang hartanah pada 2016 secara sambilan, dan secara sepenuh masa pada 2017. Bagi beliau, cabaran utama dalam bidang hartanah adalah untuk meyakinkan pembeli terutama untuk menjual rumah di kawasan baharu yang lokasinya jauh dari bandar. Namun ini semua dapat diatasi dengan menggunakan pengalaman dan kemahiran jualan yang diperolehi sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi kerjaya dalam jualan hartanah, Ameran telah menyertai Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB) pada tahun 2017. Ameran lebih memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta kakitangan kerajaan untuk memiliki rumah kediaman. “Saya lebih suka memberi khidmat nasihat tentang hartanah kepada pelanggan dan mencadangkan apa yang terbaik untuk mereka” ujar Ameran.

Di samping berkomitmen dalam penjualan, di KOHAB Ameran banyak memberi peluang dan tunjuk ajar kepada ramai wakil jualan hartanah. Sebagai Pengarah Kumpulan Agensi di KOHAB, Ameran amat menitikberatkan pembangunan dan latihan kepada wakil-wakil jualan dalam memastikan mereka mampu untuk menjana pendapatan lumayan. Peluang kerjaya di sini sentiasa terbuka kepada golongan bumiputra untuk menyertai perniagaan hartanah yang selama ini dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja.

KOHAB menyediakan cara pembelian mudah melalui skim mampu milik, pembeli boleh memiliki rumah dengan “sifar deposit”.  Dalam masa yang sama KOHAB bekerjasama dengan Kolej Komuniti untuk melahirkan usahawan hartanah. Untuk melancarkan lagi operasi KOHAB, Ustaz Haslin Baharim telah dilantik sebagai penasihat di KOHAB.

Antara anugerah yang diterima oleh Ameran pada Malam Anugerah Agensi KOHAB

Banyak pencapaian dan anugerah telah dicapai oleh Ameran dalam bidang hartanah, terbaru pada Malam Anugerah Agensi yang diadakan pada 15 September 2019, beliau telah merangkul 7 anugerah sekaligus iaitu Million Dollar Agency, Top Group Director, Top Recruiter, Top Producer, Tokoh Akedemi Anggun, Anugerah Graduasi Anggun dan Anugerah Jalinan Kerjasama.

Malam Anugerah Agensi pada 15 September 2019 anjuran KOHAB

Pencapaian jualan tahun Jun 2018 – Mei 2019 Ameran dan kumpulan telah mencapai jualan tertinggi di KOHAB dengan jumlah keseluruhan kumpulan sebanyak 66.2 juta ringgit.

Perancangan Ameran pada tahun hadapan adalah untuk membuka peluang kepada lebih ramai lagi bumiputra untuk menceburi bidang hartanah tanpa mengambil kira latar belakang individu tersebut seperti surirumah, golongan OKU, siswazah menggangur dan sebagainya. Kepada mereka yang berminat boleh terus menghubungi beliau di talian 018-660 8178.

******************************

Oleh: Baharim Sukari

******************************

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.