Home Economy Kementerian Wilayah Persekutuan mengetengahkan usahawan bimbingan di program Minggu Usahawan Nasional (MUN)...

Kementerian Wilayah Persekutuan mengetengahkan usahawan bimbingan di program Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019

592
0

 

Serdang – MUN 2019 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan pengelibatan 3000 usahawan dan agensi-agensi kerajaan berlangsung selama empat hari sehingga 1 Sept ini.

Program yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, Selangor ini dijangkakan dapat menarik ribuan pengunjung. MED menyasarkan potensi jualan RM20 juta sepanjang empat hari program ini dijalankan.

Menteri MED Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dalam ucapannya berkata objektif penganjuran MUN 2019 itu adalah untuk menyebar luas potensi industi keusahawanan, terutama perusahaan kecil dan sederhana melalui nilai tambah dalam aspek teknologi tinggi dan platfrom digital.

Antara usahawan yang tidak ketingalan menyertai MUN 2019 adalah usahawan di bawah program Pementoran Keusahawanan Start UP & Scale UP 2019 Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur & Perbadanan Putrajaya. Mereka diberi peluang untuk mempamer, mempromosi dan seterusnya membuat jualan produk keluaran dan jualan mereka.

Baharim Sukari dari Majalah Mindaniaga juga merupakan salah seorang “coach” turut hadir memberi sokongan moral kepada para usahawan di bawah program Pementoran Start Up & Scale Up

 

Galeri Usahawan Program Pementoran Keusahawanan Start UP & Scale UP 2019

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.