Home Property and Real Estate Perunding Hartanah memudahkan kerja urusan jual beli

Perunding Hartanah memudahkan kerja urusan jual beli

99
0

BENARKAH TANGGAPAN BAHAWA KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH (REN) ADALAH MUDAH?
.
Ada yang melabel Perunding Hartanah (REN) sebagai mereka yang suka “makan duit atas angin” tanpa perlu bersusah payah dalam memastikan proses penjualan atau pembelian rumah dijalankan dengan teratur dan mengikut prosedur.
.
Ada juga yang menganggap kerjaya sebagai REN ini hanya “jual air liur” saje.
.
Adakah tanggapan ini benar??
.
Jom admin kongsikan apa sebenarnya yang perlu dilakukan oleh seorang Perunding Hartanah professional dalam aktiviti harian mereka:-
.
MENCARI LISTING RUMAH YANG HENDAK DIJUAL ATAU DISEWAKAN
.
REN perlu memastikan bahawa penjual BERSETUJU untuk melantik dirinya sebagai perunding yang bertanggubgjawab untuk memasarkan dan mencari bakal pembeli yang berminat membeli rumah mereka. Jika penjual enggan memberi kebenaran kepada REN, sudah pastilah proses jual-beli atau sewaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
.
REN PERLU MENGIKLANKAN HARTANAH YANG INGIN DIJUAL ATAU DISEWAKAN
.
Nak iklankan sesuatu listing memerlukan kos yang agak tinggi sama ada secara online atau offline. REN perlu bijak dalam membuat iklan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dapat menarik perhatian prospek pembeli/penyewa. Skil ini bukan mudah untuk dikuasai dan memerlukan ilmu serta pengalaman yang luas dalam bidang “copywriting”
.
REN PERLU BERSABAR DENGAN KARENAH PROSPEK/KLIEN
.
YA, nak jadi REN kena banyak bersabar. Macam2 karenah yang REN akan jumpa bila berhadapan dengan prospek klien. Jika kurang sabar dan terlalu beremosi, agak sukar untuk seorang REN berjaya dalam perundingan hartanah.
.
REN MESTI BUAT FILTERING
.
Bukan semua prospek pembeli rumah tahu dan faham tentang proses pinjaman perumahan dan sedar tentang kelayakan mereka untuk buat pinjaman. Ada juga prospek yang merasakan mereka layak untuk membeli sesebuah rumah tetapi hakikatnya kos pemilikan rumah tersebut jauh dari kelayakan mereka. Oleh yang demikian, REN perlu melakukan “filtering” untuk memastikan bahawa prospek pembeli tadi layak dan mampu untuk membeli rumah tersebut. Ini termasuklah sama ada prospek pembeli tersebut telah bersedia menjelaskan bayaran deposit, bayaran yuran guaman, yuran valuation dan sebagainya.
.
Jika prospek pembeli tadi ingin mengeluarkan simpanan KWSP untuk bayaran deposit dsb, maka REN perlu memastikan jumlah simpanan Akaun 2 KWSP prospek tersebut mestilah cukup untuk menampung kos2 yang berkaitan.
.
REN PERLU BANTU MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PROSPEK PEMBELI
.
Urusan permohonan pinjaman dengan pihak bank tidaklah semudah yang disangka. Banyak syarat dan terma yang perlu dipatuhi oleh bakal pembeli rumah dan dokumen yang lengkap juga perlu disediakan sebelum permohonan pinjaman boleh diproses. Tugas REN adalah memastikan bahawa proses permohonan pinjaman tersebut dapat dihantar dan diproses dalam tempoh masa tertentu (biasanya 14 hari bekerja) dan proses ini akan mengambil masa lebih panjang sekiranya dokumen tidak lengkap.
.
BAWA PROSPEK PEMBELI /PENYEWA UNTUK “VIEWING APPOINTMENT”
.
Viewing appointment atau temujanji untuk bakal pembeli/penyewa melihat rumah yang ingin dibeli/disewa perlu di aturkan oleh REN. Kadangkala, ada prospek pembeli yang lambat tiba ke lokasi yang dijanjikan. Lebih malang pula, ada prospek pembeli yang langsung tidak muncul ke lokasi dan gagal untuk dihubungi! Ini sudah pasti menyukarkan REN dan masa yang sepatutnya dimanfaatkan terbuang begitu sahaja.
.
MEMASTIKAN PROSES DOKUMENTASI PINDAHMILIK DISEMPURNAKAN OLEH PEGUAM
.
Selalunya, REN akan rekemen atau syorkan kepada prospek penjual/pembeli peguam yang biasa mereka berurusan untuk proses perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman. Sebabnya, jika mereka telah biasa berurusan dengan peguam tersebut, mereka mudah untuk “monitor” dan “follow up” dengan peguam tersebut berkenaan status pindahmilik dan loan disbursement. Bukan itu sahaja, jika ada apa2 masalah berkenaan proses penyerahan kunci dsb, mereka boleh terus menghubungi peguam tadi untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
.
Begitulah serba sedikit penerangan tentang tugas.

dan tanggungjawab seorang REN. Nampak macam senang tapi hakikatnya tidak semudah seperti yang disangka.
.
Admin harapkan, dengan penerangan tadi, masyarakat umum akan faham dan sedar tentang hal ini dan tidak melabelkan profesion Perunding Hartanah ini sebagai profesion yang “hanya jual air liur” saje.
.
Anggaplah REN yang profesional tadi sebagai PEMUDAHCARA dan RAKAN STRATEGIK dalam menjalankan urusan penjualan /pembelian/penyewaan hartanah anda.
.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan hartanah, sila hubungi admin di 0133685965 @www.wasap.my/60133685965 atau PM je admin SEKARANG ☺
.
#PERUNDINGHARTANAH
#REALESTATENEGOTIATOR
#FBPAGE: Nabilah properties

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.