Home Community & Social Activities ECOFREEMARKET 10.0 mendapat sambutan ramai

ECOFREEMARKET 10.0 mendapat sambutan ramai

184
0

Bandar Baru Bangi – ECOFreeMarket (EFM) adalah program Usaha Sosial yang berdasarkan “GIFT Economy” berlangsung di Apartmen Seri Tanjung Seksyen 7 mendapat sambutan dari penyumbang dan penduduk setempat.

Berkonsepkan masyarakat kepada masyarakat, barangan adalah tidak dijual tetapi diberi secara percuma kepada orang ramai. Para penyumbang terdiri dari individu perseorangan, NGO, syarikat korporat dan sebagainya, keprihatinan masyarakat penyumbang ini sudah pasti memeriahkan lagi EFM dan paling penting adalah dapat memberi sumbangan kepada orang ramai.

EFM menjemput sesiapa sahaja dan semua orang untuk membawa pelbagai barangan yang masih dalam keadaan baik, menawarkan kepada mereka yang mahukannya. Ia juga menggalakkan sumbangan kemahiran dan perkhidmatan seperti pemeriksaan perubatan, undang-undang, nasihat kewangan serta perkhidmatan pembaikan.

Sejak penubuhannya pada awal 2016, kini EFM mendapat sambutan menggalakkan dari sukarelawan dalam menganjur dan mengurus setiap program yang dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.