Home Food & Beverages Dapur Umie, Aroma Bahulu

Dapur Umie, Aroma Bahulu

409
0
Siti Julihnah Ariffin, pengasas bahulu Umie Bakery menunjukkan produk buatannya

 

Dapur Umie, Aroma Bahulu

Oleh: Fatin Natasha Nari Musa

Johor Bahru: Bahulu yang terkenal dengan aroma bau yang menyelerakan, dihidangkan dengan panas sangat menarik perhatian orang yang melihatnya. Seorang wanita berusia lingkungan 50-an ini dikenali sebagai Umie atau nama sebenarnya Siti Julihnah Binti Ariffin, Johor, telah lama berkecimpung dalam bisnes bakeri.

Meskipun perniagaan Umie hanyalah dari rumah sahaja, namun permintaan sangat tinggi kerana rasa yang enak dan tidak menghamparkan. Pelbagai jenis kuih, kek dan bakeri yang boleh ditempah dengan harga yang berpatutan dan rasa yang tidak mengecewakan.

Umie telah bergiat aktif dalam dunia bakeri hampir 15 tahun dirumah beliau sahaja di Johor Bahru. Permintaan yang tidak putus dari pelanggan membuatkan beliau tidak putus asa untuk meneruskan perniagaan beliau meskipun kecil-kecilan dirumah.

Beliau mengambil tempahan kuih seperti karipap dari tadika, tempahan kek kahwin dari bridal, bahulu dan pelbagai lagi. Bahulu Umie Bakery tidak dinafikan keenakkannya hampir 1000-2000 biji bahulu untuk satu tempahan. Beliau tidak menang tangan untuk mengadunnya bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Bahalu mendapat tempahan paling tinggi oleh beliau setiap bulan, lagi-lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bau dan tekstur yang lembut membuat pelanggan yang sudah membuat tempahan akan berulang lagi tempahan kerana kualiti rasa yang tidak ditandingi. Bahulu yang enak dapat dirasai melalui tekstur yang lembut dan rangup meskipun sudah berapa hari dibuat.

Bahulu Umie Bakery ini sering ditempah untuk majlis kahwin di kawasan perumahannya. Hampir seluruh majlis kahwin yang diadakan di sekitar Ulu tiram, Johor pasti aka nada bahulu dari Umie Bakery. Masyarakat sekeliling sangat gemar dan mengenali rasa dan bau bahulu hasil tangan Umie Bakery.

Sekiranya anda berminat dengan bahalu viral yang enak ini. Anda boleh hubungi di talian +60 012-796 1315. Harga sebalang hanya RM12.00 sahaja, dan menerima tempahan untuk majlis kahwin dan majlis lain.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.