Home Bakery & Ingredients Usahawan Roti… dari runcitan kepada pembekalan raih untung besar

Usahawan Roti… dari runcitan kepada pembekalan raih untung besar

425
1
Yusriza bin Rohani pengasas syarikat West Food Industries, BitterSweet Bakery & Cake Houses

Usahawan Roti… dari runcitan kepada pembekalan raih untung besar

Oleh: Zarina Zakaria

KLUANG, JOHOR – West Food Industries, BitterSweet Bakery & Cake Houses merupakan sebuah syarikat yang berasaskan roti dan dijalankan secara kecil-kecilan. Yusriza bin Rohani, 35, merupakan anak jati Felda Kahang Barat yang memiliki kepakaran dalam pembuatan roti dan kek. Perniagaan secara kecil – kecilan telah menarik minat beliau untuk menghasilkan keuntungan yang lebih besar dan lumayan. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Master Reach Network (MRN) di Bandar Baru Bangi dan bergiat aktif dalam perniagaan ini pada umur 25 tahun.

BitterSweet Bakery & Cake Houses telah berkembang maju dengan menghasilkan dan membekal pelbagai aneka roti dan kek contohnya donut, cupcake, muffin, roti arab dan pizza. Beliau menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan jualan dengan mengambil tempahan untuk majlis perayaan, majlis perkahwinan, hari lahir dan sebagainya. Pelbagai aneka roti dan kek telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan. ‘Roti Arab’ merupakan salah satu roti yang paling diminati ramai dan mendapat tempahan yang tinggi dari sekitar Kluang, Kulai, dan Johor Bahru oleh peniaga lain.

Roti Arab yang siap dibungkus dan disusun untuk penghantaran.

“Dulu, kami yang menjaja roti kami di setiap kedai, alhamdulillah sekarang kami pula yang menjadi supplier roti pada mereka” katanya. Bukan itu sahaja, tarikan pada kek yang bervariasi juga telah mendapat sambutan dan tempahan yang banyak dari masyarakat. Selain itu juga, beliau mengatakan bahawa selain daripada roti dan kek, beliau juga mengambil tempahan untuk membuat pizza. Pastri juga mudah dibuat kerana bahan yang digunakan adalah sama untuk membuat roti.

Bukan itu sahaja, beliau juga membuat dan mengadakan kursus – kursus pembuatan roti dan kek kepada anak – anak muda. Beliau juga memberikan penerangan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan produk yang baik dan berkualiti.

Lawatan pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu ke BitterSweet

Penambah baikkan dari segi tempahan produk amat dititikberat oleh beliau. Justeru, dengan menggunakan medium facebook (www.facebook.com/cake&bakery) dan whatsapp (017-7670430) beliau dapat mengambil tempahan dengan lebih banyak dan mudah. ‘kejayaan yang saya miliki kini amat saya banggakan’ katanya. Perniagaan beliau juga turut dibantu oleh isterinya Nur Eniza, 24, dan kini bersama – sama berusaha dalam menaikkan nama BitterSweet bagi menjana pendapatan yang lumayan dari perniagaan mereka.

“Kek yang ditempah dan dibuat khas pada majlis perkahwinan rakan saya”

Tambahan beliau, usaha dan tawakal amatlah penting dalam sesuatu perniagaan. ‘rezeki ada di mana – mana’ katanya. Beliau kini masih dalam usaha untuk membesarkan perniagaannya dan bercita – cita untuk membuka kilang yang besar pada suatu hari nanti. Beliau juga berhasrat agar dapat menjadikan nama anak melayu sama hebat setanding dengan bangsa maju yang lain.

1 COMMENT

Leave a Reply to qawiem mirza Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.