Home Clothing & Fashion Acc. “Awning” Donna Scarfs Kegilaan Ramai

“Awning” Donna Scarfs Kegilaan Ramai

280
0
“Awning” Donna Scarfs Kegilaan Ramai

Oleh: Fatin Natasha Nari Musa

Serdang, Selangor – Perniagaan yang baru hampir setahun dalam industri ini telahpun mengukir nama dengan jayanya kerana telah mendapat tempat dihati pelanggan yang telah memiliki koleksi tudung daripada Donna Scarves keluaran gadis muda yang mempunyai semangat yang luar biasa.

13 March 2018 “Lauching” yang pertama Donna Scarfs dengan keluaran koleksi Bawal Aurora yang dihiasi dengan batu kristal yang bersinar di tudung koleksi Bawal Aurora Tersebut. Keluaran pertama dikeluarkan ada tudung jenis bawal dan diikuti tudung jenis Shawl. Namun kualiti yang digunakan adalah High Quality Chiffon yang setanding dengan jenama besar lain.

Antara warna koleksi Bawal Aurora keluarkan pertama Donna Scarfs

Dengan modal awal hanya sebanyak RM600.00 namun pengasas muda yang cantik ini mendapat pulangan yang lumayan dengan jualan yang semakin lama semakin tinggi ini. Walaupun perniagaan yang dilakukan yang atas talian (Online) sahaja namun ianya tidak mengganggu jualan dan permintaan yang tinggi oleh pelanggan. “Tapi Insya Allah sekiranya perniagaan ini semakin berkembang dan dikenali ramai, saya ada niat untuk membuka kedai tudung saya sendiri” kata Dessy, pengasas Donna Scarfs lagi.

Dengan kelebihan tudung yang mempunyai ciri-ciri yang sukar renyuk dan mudah dibentuk ini ianya menjadi kegilaan wanita diluar sana kerana ianya seperti sesuatu benda yang penting bagi wanita, mengikut fakta kebiasaanya sekiranya tudung yang tidak mudah bentuk boleh membuatkan “Mood” wanita boleh berubah sekiranya tudung mereka rosak. Oleh itu, Dessy cuba membantu wanita diluar sana dengan mengeluarkan koleksi yang berkualiti dan mudah bentuk tersebut. Dengan “Awning” yang tidak mudah rosak atau renyuk ini menjadikan koleksi Donna Scarfs ini berada di hati pelanggan yang memcubanya.

Kini penunggang motor wanita tidak perlu risau lagi sekiranya memakai topi keledar kerana tudung ini tidak mudah rosak dengan kualiti kain yang terbaik dan cantik. Meskipun memakai topi keledar, “awning” tudung Donna Scarfs ini tetap kekal cantik seperti sebelumnya.

KOLEKSI TUDUNG DONNA SCARFS

Terdapat pelbagai warna di setiap koleksi Donna Scarfs yang menarik, dengan harga yang berpatutan serta mampu milik ini menjadi ramai pelangan mampu untuk memilikinya.

BAWAL AURORA RM32.00
Material: HQ Heavy Chiffon, Beads: Original Swarovski, Size: Bidang 45
MALEQA SATIN SHAWL RM30.00 (KOLEKSI TERBARU)
Material: HQ Satin, Size: 2m x 70cm, Jahitan: Baby Seam
BAWAL HAYLA RM32.00
Material: Matte Satin, Size: Bidang 45’, Jahitan: Baby Seam

 

Daeng Dessy Dhabita Daharsy – Pemilik  Donna Scarfs

Daeng Dessy Dhabita Daharsy, pemilik Donna Scarfs yang berusia 23 Tahun

Anak kedua daripada enam adik beradik ini bukan sahaja mempunyai rupa yang jelita namun beliau mempunyai semangat yang tinggi dengan keberanian mengambil risiko dalam perniagaan tanpa ragu-ragu lagi.

Anak kelahiran Perlis Indera Kayangan ini mencuba nasib dengan mengeluarkan koleksi tudung yang mempunyai kualiti tinggi dan material kain yang sejuk menjadikan ramai yang mengemari tudung yang dijual.

 

SEBAB INGIN MENIAGA

“Saya ingin mencari dan mengumpul duit untuk kelangsungan hidup dan simpanan saya sendiri. Saya ingin merasai duit atas usaha saya sendiri dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar”.

“Dengan situasi sekarang, tudung adalah keperluan bagi wanita ianya menjadi sebab mengapa saya ingin berniaga tudung” kata pemilik Donna Scarfs tadi.

Bukan sahaja ingin memberi sesuatu yang diperlukan oleh pelanggan diluar sana, pemilik Donna Scarfs ini juga mempunyai cita-cita untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Dengan berdasarkan inspirasi seorang atlet Malaysia yang merupakan adik kepada pemilik perniagaan tudung ini menjadikan Dessy ini terus kuat berusaha untuk sama-sama seperti adiknya yang sentiasa membantu keluarga.

Katanya “ Adik Dessy merupakan atlet wakil Malaysia, Biasanya sekiranya dia balik rumah dia akan belanja satu keluarga, dan itu merupakan salah satu sebab kenapa Dessy nak kumpul duit sebab saya rasa ingin lakukan apa yang dilakukan kepada keluarga.

Dengan dorongan 100% daripada keluarga menjadikan beliau terus kuat meskipun banyak dugaan dan halangan yang dihadapi. Dan juga kawan-kawannya yang terdekat sering memberi kata-kata semangat sekiranya beliau mengahadapi cabaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.