Home Clothing & Fashion Acc. WLACK AND BHITE

WLACK AND BHITE

272
0

WLACK AND BHITE

Oleh: Solehah Anuar (191200)

KUALA LUMPUR – Fikri Rizaldi, 23 ialah seorang usahawan yang berasal dari Bandung, Indonesia yang mementingkan ‘simplicity’ dan ‘elegance’ dalam perniagaan bajunya.

Selari dengan kota Bandung yang dikenali sebagai ‘The Centre of Fashion’ di Indonesia, Fikri ingin menceburi dalam bidang pakaian dan mendedahkan budaya serta nilai kemanusian menerusi perniagaannya.

Fikri memulakan perniagaan Wlack & Bhite ini pada umur 17 tahun bersama kawan-kawannya Salman dan Faizana dengan modal sebanyak RM250. Sebanyak 12 helai kemeja-T dikeluarkan pada awal perniagaan.

Wlack & Bhite juga telah diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia seawal 2015 sejak Fikri memulakan pembelajarannya di universiti ini dalam jurusan pentadbiran perniagaan di Fakulti Ekonomi.

Datang dari keluarga yang lebih cenderung kearah pendidikan, , Fikri tetap teguh dengan pendiriannya untuk melanjutkan perniagaannya walaupun tidak mendapat keizinan keluarganya.

Sebelum Wlack & Bhite muncul, Fikri telah memulakan beberapa perniagaan termasuk menjual jersey dan pakaian yang direka sendiri untuk menjana modal Wlack & Bhite. Pakaian rekaan sendiri Fikri telah mendapat sambutan hangat dan habis dijual pada masa yang singkat.

Sepanjang pengeluaran produk Wlack & Bhite, Fikri telah menukar kedai pengeluaran pakaian sebanyak enam kali kerana tidak mencapai tahap kualiti yang diinginkan. “Sehingga sekarang, belum ada lagi pengeluar baju yang boleh memberi produk memuaskan,” katanya.

Selepas berjaya memenangi hati pelanggannya, Fikri dan rakan-rakannya melanjutkan perniagaannya dengan pengeluarkan pakaian luaran (outerwear) dan hoddie dengan petikan-petikan motivasi serta kultural dijahit di baju tersebut.

Walaupun menghadapi masalah pada awal tempoh perniagaan, seperti tiada ilmu perniagaan, keluarga, kreativiti dan modal, tiga orang individu ini berjaya menjayakan impian mereka untuk menjadi antara pengeluar pakaian lokal Indonesia.

Sebagai rujukan atau jika berminat untuk membeli produk-produk Wlack & Bhite, boleh melawat akaun Instagram mereka, @wlack.bhite atau @wlbh_goods.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.