Home Gifts & Premium “Tidur seakan di hotel” kekabu pilihan.

“Tidur seakan di hotel” kekabu pilihan.

467
2

 

“Tidur seakan di hotel” kekabu pilihan.

Oleh Nabilah Hani binti Mohd Halim

Senawang – Permintaan yang tinggi terhadap produk berasaskan bantal kekabu merupakan faktor utama bekas mahasiswa pemilik ABK bantal kekabu ini mencabar dirinya dalam menceburi bidang perniagaan. Pemilik ABK bantal kekabu diusahakan oleh bekas pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Raja Shahrin Adnani bin Raja Shahar, 22, lulusan Diploma “Islamik Finance” terus mengorak kehadapan mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Perniagaan bantal kekabu menjadi pilihan utamanya dalam menceburi bidang perniagaan kerana faktor permintaan sekeliling yang merupakan keperluan utama masyarakat kini. Tambah Raja, pengusaha bantal kekabu jualan secara online masih boleh dikira dengan jari. Justeru, ini merupakan peluang besar untuk mencuba dan kini ia membuahkan hasil.

Ini adalah salah satu peluang untuk bekas mahasiswa dalam menjana pendapatan apabila sudah tamat belajar. Menurut pemilik bantal kekabu ini golongan belia digalakkan menceburi bidang keusahawanan kerana belia sekarang perlu bijak mencari peluang untuk menjadi usahawan

Merupakan anak kedua dalam keluarga daripada 4 adik beradik yang mempunyai tanggungjawab besar dalam keluarga tidak pernah mematahkan semangatnya. Minatnya dalam perniagaan sangat mendalam, beliau tidak menjadikan kesibukan sebagai  penghalang untuk menceburkan diri dalam perniagaan bantal kekabu.

Tidak mahu terbelenggu dengan masalah kewangan sebagai penganggur, beliau cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kekangan masa dan modal tidak pernah menjadi penghalang kepada beliau untuk mencuba nasib dalam bidang ini.

Beliau bahkan menggunakan ilmu yang ada pada diri beliau untuk mencari penyelesaian kepada kekangan-kekangan tersebut. Beliau sendiri tidak menyangka percubaannya yang tidak pernah dirancang ini membuahkan hasil. Sambutan daripada pelanggan diterima dengan penuh rasa syukur oleh anak muda ini.

Antara rekaan ABK bantal kekabu yang pelbagai menjadi pilihan ramai

Pastinya kepelbagaian jenis produk menjadi intipati utama dalam melariskan perniagaan, ABK bantal kekabu awalnya hanya dilakukan di rumah. Namun sekarang dengan berdasarkan permintaan pengguna yang ramai dan semakin mendapat tempat dalam pasaran ABK bantal kekabu banyak dijual di serata tempat.

“Bukan sahaja tahan, dan selesa. Bantal atau tilam yang diperbuat daripada kekabu ini sangat mudah dijaga, hanya memerlukan sinaran matahari,””. Katanya. Produk berasaskan kekabu tidak sukar untuk dijaga, hanya dengan menjemur mampu mengelakkan kekabu bantal daripada berhabuk. Namun, kekurangan kekabu ialah ia tidak boleh dibasuh kerana isinya akan bergumpal dan akan lebih berhabuk.

Menurut Raja ABK bantal kekabu ini diwarkan-warkan dengan pelbagai cara. Antaranya di media sosial iaitu “Facebook”, memberikan risalah jualannya pada setiap kenderaan untuk memberikan info terbaru tentang jualannya. Malah, menurutnya salah satu cara yang sangat berkesan untuk jualannya adalah dengan berkerjasama dengan koperasi sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (SMKTAD), Seremban.

Facebook : ABK Bantal Kekabu

2 COMMENTS

    • Assalamualaikum tuan, boleh terus hantar iklan di sini…. ke page “HANTAR IKLAN” (iklan percuma), jika iklan murah RM1 sehari boleh pm saya 017-3007878

Leave a Reply to Zul Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.