Home Clothing & Fashion Acc. Legasi perniagaan keluarga pilihan usahawan muda

Legasi perniagaan keluarga pilihan usahawan muda

798
0
Ahmad Ammar Hasuna pengurus operasi dan pemasaran di sebuah kilang pakaian Toko Hudaya

Legasi perniagaan keluarga pilihan usahawan muda

Oleh Nurul Hafizah Azahar

BAGAN SERAI- Sudah pasti bagi setiap usahawan mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri yang menyebabkan mereka ingin berkecimpung dalam bidang ini. Encik Ammar selaku pengurus operasi dan pemasaran di sebuah kilang pakaian Toko Hudaya, Bagan Serai baginya sebab-sebab beliau menceburi diri dalam bidang ini kerana beliau sentiasa ingin mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan. Selain itu, keinginannya tersendiri untuk menguruskan kilang tersebut adalah dengan rasa tanggungjawab untuk menyambung syarikat atau kilang keluarganya agar tidak dibiarkan orang asing yang menguruskan.

Ahmad Ammar Hasuna usahawan yang berkaliber dilahirkan di Parit Buntar, Perak. Beliau tinggal bersama kedua ibubapanya dan 3 adik-beradiknya yang lain. Ahmad Ammar Hasuna atau lebih selesa dipanggil Ammar oleh sahabat-sahabatnya yang kini berumur 25 tahun dan masih berstatus bujang. Beliau juga merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau kini berkhidmat di kilang pakaian Toko Hudaya sebagai pengurus operasi pemasaran.

Toko Hudaya merupakan nama kilang dan telah beroperasi selama 30 tahun iaitu sejak tahun 1989. Kilang ini merupakan sebuah kilang pakaian di Bagan Serai, Perak yang menjahit, menerima tempahan dan menghasilkan pelbagai jenis pakaian mengikut kehendak dan kreativiti pelanggan. Antara pakaian tersebut adalah baju korporat, baju tradisional melayu, uniform sekolah, t-shirt, kain langsir dan lain-lain. Toko Hudaya mempunyai 47 orang pekerja sepenuh masa dan kebanyakannya adalah kaum wanita.

Proses mengukur baju yang ditempah oleh pelanggan wanita dilakukan oleh pekerja wanita
Proses mengukur baju yang ditempah oleh pelanggan lelaki delalkukan oleh pekerja lelaki

Menurut Encik Ammar, beliau menyatakan dalam kehidupan ini tiada jalan yang mudah untuk berjaya. Cabaran yang dihadapi oleh Encik Ammar pada awal perniagaan adalah kesusahan dalam mendapatkan modal atau peruntukkan untuk membeli mesin-mesin dan peralatan yang diperlukan bagi melancarkan proses pembuatan pakaian. Selain daripada nilai peruntukkan untuk membeli mesin, Encik Ammar juga menghadapi masalah dalam membangunkan bangunan kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun, cabaran tersebut berjaya ditempuh kerana syarikat mereka yang mempunyai 3 tingkat itu tersergam indah dan mampu dilihat dari jauh kerana dihiasi papan iklan di dinding syarikat atau kilang Toko Hudaya.

Proses pekerja menjahit baju yang ditempah oleh pelanggan di kilang Toko Hudaya, Bagan Serai, Perak.

“Kami di Toko Hudaya sangat menitikberatkan kualiti yang tinggi bagi setiap pakaian yang dikeluarkan. Menjaga Kualiti dari setiap aspek seperti ukuran baju, rekabentuk pakaian, jahitan dan juga pemilihan kain. Kesemua aspek amat penting bagi menghasilkan kualiti pakaian yang bermutu tinggi. Dengan apa yang Toko Hudaya amalkan, pelanggan akan mendapat pakaian yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kepuasan dan senyuman pelanggan terhadap pakaian yang dihasilkan adalah keutamaan kami,” katanya.

Tambahan Encik Ammar lagi, terdapat beberapa pekerja yang mempunyai masalah tidak faham tugasan yang diberikan adalah satu kesukaran dalam membentuk sebuah perniagaan yang baik. Namun begitu, setiap hari pekerja dilatih untuk memahami tujuan dan konsep syarikat pakaian mereka dan lama-kelamaan pekerja beliau semakin baik menjalankan tugas. Encik Ammar sangat menitik berat kualiti pakaian yang dihasilkan di Toko Hudaya supaya standing dengan pakaian dengan pakaian yang dijual di butik pakaian.

Para pekerja memotong kain untuk proses menjahit baju yang ditempah oleh pelanggan di kilang Toko Hudaya, Bagan Serai, Perak.

“Aspek yang penting dalam pembuatan baju selain dari menjahit ialah “Iron and Packing”. Menjahit secantik mana pun jika pakaian tidak digosok ataupun diseterika, pakaian anda tidak akan kelihatan kemas dan akan mencacatkan jahitan yang cantik itu. Dengan adanya mesin dan teknik pekerja untuk menggosok pakaian, Toko Hudaya mampu menghasilkan pakaian yang berkualiti dan kemas setanding dengan pakaian-pakaian yang dijual di butik-butik pakaian. Pelanggan yang menempah akan berpuas hati dan tersenyum lebar melihat pakaian yang ditempah disiapkan dengan begitu kemas. Kualiti pakaian yang tinggi semestinya dari Toko Hudaya.”

Encik Ammar berpendapat bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan, mereka haruslah mempunyai sikap berani dalam mengusahakan sesuatu perniagaan pelbagai cabaran bakal datang. Oleh itu, usahawan perlu berani dalam menanggung risiko dalam setiap permasalahan yang akan timbul. Permasalahan yang datang sudah pasti sering mucul daripada dalam kawasan perniagaan mahupun daripada aspek luar kawasan perniagaan. Selain itu, Encik Ammar juga berpendapat usahawan perlu sentiasa kuat semangat dan jangan pernah mengalah. Hal ini kerana, usahawan yang mengalah menunjukkan mereka gagal memimpin perniagaan mereka dengan baik. Mereka yang kuat semangat dan sentiasa berusaha sudah pasti bakal membuahkan hasil yang tidak terhingga untungnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.