Home Food & Beverages ‘Burger Kimi’ Menjadi Tumpuan Pelajar UPM

‘Burger Kimi’ Menjadi Tumpuan Pelajar UPM

246
0
Kimi dihadapan kedai burger miliknya di Kolej Mohammad Rashid (KMR),UPM
‘Burger Kimi’ Menjadi Tumpuan Pelajar UPM

Oleh MUHAMMAD NAIM BIN R.AZMI

Gelaran mahasiswa  bukanlah menjadi penghalang  buat penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi menceburi bidang keusahawanan walaupun masih bergelar seorang pelajar. Di masa kini , subjek yang berkait dengan bidang keusahawanan seperti  ‘Keusahawanan Dalam Komunikasi’ menjadi antara subjek yang wajib diambil bagi setiap mahasiswa di universiti. Ini kerana,kerajaan hendak melahirkan  mahasiswa yang cemerlang dalam akademik sekaligus memberi peluang pada golongan mahasiswa  bagi menjana pendapatan mereka .

Kimi gigih menyiapkan pesanan burger yang diterima oleh pelanggannya

Begitu juga kisahnya dengan seorang pemilik kedai ‘burger’. Keeenakan burger nya menjadi tumpuan buat pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). ‘Burger Kimi’ merupakan satu perniagaan yang diusahakan oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan Bacelor Pertanian (Akuakultur),Fakulti Sains dan Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Hakimi  atau lebih mesra dengan panggilan ‘Kimi’ ,23 tahun. Ia adalah satu platform bagi terus mengorak langkah menceburi bidang keusahawanan.

Kesibukannya sebagai seorang pelajar tahun akhir tidak menjadi penghalang bagi beliau  untuk mengusahakan perniagaan burger nya yang terletak di Kolej Mohammad Rashid (KMR), Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi beliau, pengalaman seperti ini merupakan satu perkara yang dapat mendewasakan dirinya sekaligus dapat melahirkan sikap berusaha tanpa putus asa yang kuat dalam diri.

Tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain membuatkan beliau cuba untuk melakukan pembaharuan dalam hidupnya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. ‘Burger Kimi’ yang mula beroperasi sejak bulan Jun tahun 2018 mula  menjadi pilihan buat pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mendapatkan makanan di waktu malam. Dengan permulaan modal sebanyak Rm 150.00,beliau tidak menyangka percubaannya itu membuahkan hasil yang baik serta mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sambutan daripada pelanggan diterima dengan penuh rasa syukur oleh anak muda ini.

Dengan adanya  ‘Burger Kimi’ ini ,anak muda ini dapat mencari duit poket tambahan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan secara sambilan buat pelajar UPM  yang berkeinginan untuk menjual burger. Perniagaannya ini beroperasi pada setiap hari Isnin hingga  Jumaat iaitu pada jam lapan malam sehingga 11 malam.

 

Minat Berniaga

Dengan cabaran ekonomi  pada masa kini, Kimi tidak bercadang  untuk meninggalkan bidang keusahawanan  yang diceburinya ini dan hanya fokus pada bidang akuakultur semata-mata . Ini kerana bidang itu adalah merupakan minatnya sejak dari kecil lagi.  Beliau juga turut mengakui minatnya untuk berniaga telah bermula sejak di peringkat sekolah lagi .

 

“ Sewaktu di zaman sekolah menengah saya pernah berniaga secara atas talian(online) seperti menjual kasut . Saya juga pernah berniaga rokok eletronik yang menjadi ‘trend’ anak muda satu masa dahulu, ” katanya .

 

Sokongan daripada keluarga,rakan-rakan dan juga pihak universiti juga menyumbang kepada kejayaannya bagi terus menceburi bidang keusahawanan. Pihak Koperasi Universiti Putra Malaysia (UPM) banyak menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan dan kebolehpasaran graduan secara lebih terancang  selaras dengan hasrat kementerian untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran dan  nilai keusahawanan yang tinggi. Akhirnya dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar apabila bergraduat kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.