Home Community & Social Activities Teruja Tuntut Ilmu Di Jepun

Teruja Tuntut Ilmu Di Jepun

282
0
Ummu bersama pelajar sekolah Jepun yang menyertai program Pertanian TUAT

 

Oleh Natasha Zaimi

Ummu Qatrunnada Diana, 19 merupakan salah seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertuah kerana berjaya merebut peluang penukaran pelajar ke luar negara yang ditawarkan AIMS melalui institusi pengajiannya. Penuntut fakulti pertanian ini melahirkan rasa syukur apabila keberaniannya memohon program tersebut mendapat jawapan yang baik.

Hal ini kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang mementingkan pendidikan terhadap kalangan masyarakat. Terdapat banyak universiti-universiti awam dan swasta ditubuhkan di Malaysia seiring dengan perkembangan pendidikan di Malaysia.

Malaysia juga negara yang banyak membuka peluang kepada para pelajar untuk menyebarkan sayap pendidikan mereka sehingga ke luar negara seperti program-program penukaran pelajar. Kelebihan seperti ini dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan di Malaysia.

AIMS atau lebih dikenali dengan Mobility Antarabangsa Pelajar ASEAN merupakan program kombinasi tujuh (7) buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Filipina, Jepun dan Korea Selatan. AIMS membuka tawaran molibiti ini kepada empat (4) fakulti di UPM termasuk fakulti pertanian.

Ummu menyatakan bahawa dirinya melihat negara Jepun sebagai negara yang mempunyai kelebihan yang tinggi dalam teknologi pertanian yang digunakan di sana. Ini membuatkan dirinya memilih Jepun sebagai negara pilihan bagi program mobiliti yang diperolehinya selama satu semester iaitu bersamaan enam (6) bulan.

Menurut Ummu, seramai tiga orang pelajar yang berjaya mendapat tawaran program mobiliti tersebut. Ketiga-tiga mereka bertolak ke Tokyo University Agriculture & Technology (TUAT) pada Jun yang lalu dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2).

Semasa dihubungi, Ummu menyatakan bahawa dirinya sangat sukar menyesuaikan diri pada bulan yang pertama berada di Tokyo, ditambah lagi dengan musim sejuk dan kesukaran mendapatkan makanan halal. Namun, setelah empat (4) bulan berlalu, Ummu sudah mula selesa dengan cuaca disana. Dirinya juga memilih untuk membawa makanan yang dimasaknya sendiri dari rumah.

Menurut Ummu, melalui program mobiliti tersebut, dirinya banyak mempelajari dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya. Kini, dirinya lebih berkeyakinan, lebih memahami ilmu pertanian yang merupakan subjek kegemarannya dan  dapat juga dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi terutamanya dengan pelajar asing.

Aktiviti luar kelas iaitu teknik penanaman di Jepun

Pengalaman yang diperolehi Ummu disana merupakan satu pengalaman baru yang banyak memberi pengajaran buat dirinya. Berada di negara luar tanpa keluarga dan kenalan rapat telah menjadikannya seseorang yang berdikari, berani dan juga kuat.

Ummu bersama rakan sekelas dan pensyarahnya di TUAT, Tokyo

“Ilmu yang saya peroleh di Tokyo ini akan saya bawa pulang untuk dikongsi kepada semua” ,kata Ummu ketika dihubungi. Ummu juga berharap agar peluang-peluang program mobilti seperti ini akan ditawarkan dengan lebih meluas supaya ramai pelajar dapat merebut tawaran tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.