Home Clothing & Fashion Acc. PELAJAR IPTA BISNES TUDUNG JENAMA SENDIRI

PELAJAR IPTA BISNES TUDUNG JENAMA SENDIRI

653
0
Anis menggayakan produk tudung jenamanya yang berkod warna hydrangea

 

Oleh: NUR HAZIRAH BINTI HAMDAN

Perkembangan industri tudung dilihat semakin pesat membangun malah, deretan jenama yang membarisi pasaran tempatan serta antarabangsa juga membuktikan industri ini mampu memberi pulangan terbaik kepada mereka yang menceburinya. Tidak ketinggalan penuntut IPTA mahupun IPTS menggunakan peluang yang ada untuk memulakan perniagaan ini memandangkan tudung menjadi trend terhangat para gadis masa kini.

Baru-baru ini seorang penuntut IPTA Universiti Putra Malaysia dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Anis Binti Zamri telah melancarkan tudung jenamanya sendiri pada 1 Mac 2019 menggunakan platform digital sosial media Instagram.

Antara koleksi tudung AZ terlaris dengan tiga warna keluaran yang cantik dan menarik

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produknya adalah kain jenis Chiffon yang mempunyai kualiti dalam aspek ketebalan dan 95 manik yang digunakan untuk membuat logo huruf AZ iaitu simbolik tudung jenamanya. Logo huruf AZ diambil sempena daripada akronim namanya dan nama adik beradiknya. Proses penghasilan tudung jenama AZ tidak terlalu merumitkan. Logo AZ dilekatkan oleh Anis sendiri dengan kemas dan teliti.
“Pihak yang banyak membantu saya untuk memulakan perniagaan Anis ialah ibu Anis sendiri. Dialah sember semangat dan kekuatan Anis untuk meneruskan legasi bisnes Anis,” kata Anis. Tudung jenama AZ dihasilkan dirumahnya sendiri buat permulaan kerana penghasilan kuantiti produk ini hanya 30 helai sahaja. Anis turut berkata bahawa masih tiada lagi menggunakan tenaga kerja yang ramai untuk menghasilkan produknya.
Anis telah menggunakan kaedah platform digital dan mewar-warkan melalui kawan-kawannya untuk mencari publisiti produk keluarannya itu. Anis juga menggunakan komunikasi interpersonal secara bersemuka dengan saudara mara dan rakan-rakannya untuk merasai sendiri kualiti produk tudung AZ.

Modal yang digunakan untuk permulaan hanya RM800 kerana penghasilan tudung keluaran pertama hanya 30 helai. Keluaran yang akan datang akan dipertingkatkan dengan melihat jumlah permintaan daripada pelanggannya serta tambahan warna tudung yang baru.

Batu-batu cantik yang disusun membentuk logo jenama AZ sebelum dilekatkan di tudung.

“Anis sudah lama ingin mengeluarkan tudung jenama sendiri sejak dari zaman Matrikulasi lagi tetapi akibat kekangan masa dan tidak begitu bersedia lagi maka hasrat Anis ditangguhkan,” jelas Anis. “Sekarang tiba masanya Anis memberi sepenuh komitmen untuk mengembangkan lagi bisnes tudung jenama Anis sendiri,” jelas Anis lagi dengan penuh semangat.

Inspirasi Anis untuk menghasilkan dan mengeluarkan produk tudung jenama sendiri adalah pemilik tudung AZ ini ingin semua wanita boleh memiliki tudung yang tidak jarang dan labuh dengan hargayang berpatutan dan mampu milik berbanding daripada harga di pasaran luar yang lain.

“Anis ingin menjadi seorang usahawan muda yang berpengaruh dan produk standing jenama tudung terkenal seperti Cakenis, Duckscare, dan Neelofa,” kata Anis.
Bagi peminat tudung yang menggemari shawl boleh hubungi Anis melalui laman Instagramnya aniszamriofficial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.