Home Inspirasi Niaga DEALER TOPUP KAYA PENGALAMAN

DEALER TOPUP KAYA PENGALAMAN

382
0

 

Oleh: NUR ERNIE SHAZRINA BINTI AMRAN

Menjadi ‘dealer’ bukanlah suatu kerja yang mudah bila mana terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki diserata tempat. Pandai cari tempat strategik adalah rezeki buatnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lain pula cerita buat seorang bekas pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM) Muhamad Fikri Bin Rosli, 24, yang sudah lama bekerja sebagai seorang ‘Dealer ONEXOX’. Menurut beliau, sudah hampir 3 tahun menjadi Dealer ONEXOX; bahkan semasa beliau masih belajar lagi di universiti tempatan itu. Bagi Muhamad Fikri, pekerjaan ini kadang-kadang menyeronokkan, kadang-kadang meletihkan. Bila mana beliau hendak mencari tempat niaga yang strategik untuk memulakan perniagaannya sebagai dealer topup. Tempat yang selalu beliau berniaga adalah di Pasar Bangi, Kawasan persekitaran universiti dan ada juga dihapadan pejabat.

Belajar sambil bekerja bukannlah suatu kerja yang mudah buat sesetengah orang bila mana terpaksa membahagikan masa untuk belajar dan bekerja dengan seimbang. Tujuan Muhamad Fikri bekerja sambil belajar pada awalnya sudah tentu hendak membantu keluarganya di kampung. Akan tetapi apabila hajat pertamanya sudah tercapai muncul pula hajat kedua yang mana beliau ingin membantu orang ramai dalam mendapatkan internet mudah alih dengan cepat, mudah dan murah. Bagi Muhamad Fikri, walaupun jumlah yang diterima oleh beliau tidak memberansangkan, tetapi beliau berasa puas kerana dapat memberikan kepuasan kepada orang ramai.

Buat sesetengah pihak, bekerja dengan ‘partner’ agak membebankan kerana hasil jualan akan dibahagikan sama rata. Menurut ‘dealer ONEXOX’ ini, adakalanya beliau bekerja dengan partner dan adakalanya beliau bekerja secara solo. Tetapi itu tidak menjadi penghalang buatnya sekalipun beliau mempunyai partner. Kerana menurut beliau ‘rezeki itu ada dimana-mana dan bukan bertumpu kepada seorang sahaja. Lagi banyak sales kau buat, lagi banyak hasil kau dapat.’ Setiap perniagaan pasti ada capaian ‘target’. Bagi setiap ‘Dealer ONEXOX’ dikehendaki mencapai target RM500 atau 100 users dalam tempoh kitaran 6 bulan. Bukan itu sahaja, insentif diberikan sekiranya setiap dealer mencapai target yang diminta. Disamping itu, menurut Muhamad Fikri keuntungan yang beliau dapat tidak menentu dan jumlah maksima yang beliau pernah perolehi hanya mencecah tiga angka sahaja.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai bisnes sendiri sudah tentu memerah otak untuk mencari pasaran luar bagi mempromosikan bisnes mereka. Tidak kurang hebat juga buat dealer ONEXOX yang mana mereka bertungkus lumus dalam mencari peluang yang banyak untuk mempromosikan barangan mereka. Sudah tentu mereka memasarkan setiap barangan di laman sosial dan yang paling penting ‘social networking’. Hal ini kerana, bagi mereka yang ingin membeli sesuatu barangan sudah semestinya memerlukan khidmat nasihat yang sempurna. Begitu juga dengan pembelian sim kad dan internet mudah alih yang mana setiap orang menggunakan perkhidmatan telefon dalam seharian mereka..

Tambahan pula, setiap kali Muhamad Fikri ingin membuka ‘booth’, beliau mempromosikan telekomunikasi XOX ini dengan cara membawa peralatan seperti mega lipat, bunting dan brochure. Segala kos perbelanjaan beliau hanya RM100 tidak termasuk modal sim kad dan topup.

Disamping itu juga, setiap bisnes yang kita lakukan pasti ada cabaran yang perlu kita hadapi sebelum mencapai kebahagiaan pada akhirnya. Menurut ‘Dealer ONEXOX’ ini, cabaran yang beliau hadapi adalah pengangkutan beliau untuk membuka ‘booth’. Ini kerana beliau hanya mempunyai kenderaan motorsikal sahaja untuk berniaga.  Bukan itu sahaja, cabaran yang paling besar beliau hadapi ialah di Malaysia terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi, seperti Maxis, Celcom, Digi, Umobile, Unifi, P1 dan lain- lain lagi. Ini menyebabkan kerugian yang tidak dapat beliau bendung kerana saingan dalam bisnes telekomunikasi sangat kompetitif. Tetapi itu tidak menjatuhkan semangat beliau untuk bangkit semula dalam menampung kerugian yang dialami. Ibarat kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Bagi Muhamad Fikri pekerjaan sebagai ‘Dealer ONEXOX’ bukannya suatu kerja yang mudah tambahan pula beliau bekerja sambil belajar memerlukan komitmen yang tinggi, rajin mencari tempat yang strategik, sering melakukan ‘social networking’ dan yang paling penting menabung untuk dijadikan modal perniagaan. Menjadi seorang ‘dealer’ memerlukan kesungguhan kerana keuntungan yang diperolehi tidaklah terlalu banyak seperti dealer-dealer bagi bisnes lain. Harapan Muhamad Fikri agar beliau tidak berputus asa dalam mencari sumber rezeki yang halal walaupun hanya dengan gelaran ‘Dealer ONEXOX’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.