Home Food & Beverages Atlet, Usahawan Katering Berjaya

Atlet, Usahawan Katering Berjaya

614
0
Ketika beliau (hujung dari kiri) menyertai pertandingan hoki dibawah kelab Maybank pada tahun 2014

 

Oleh: Fatin natasha binti Nari Musa

Daripada Seorang Atlet sukan Negara, Alumni ini kini menjadi seorang peniaga katering yang berjaya di Johor Bahru. Anak kedua daripada enam adik-beradik ini mengikuti jejak ibunya yang merupakan perancang perkahwinan yang sudah bergiat hampir 25 tahun dalam industri ini.

Beliau merupakan seorang graduan daripada Universiti Putra Malaysia, jurusan pembangunan sumber manusia, fakulti pengajian pendidikan serta seorang atlet hoki yang kini bergiat aktif dalam bisnes perkhidmatan katering.

Meskipun beliau baru sahaja bergraduan pada akhir tahun 2018 namun beliau sudah mula menapak dalam bidang perniagaan semasa waktu belajar lagi. Beliau mempunyai kemahiran dalam masakan serta sering belajar di Youtube dan ibunya.

Gambar Mohamad Fareez (hujung belah kiri) telah menamatkan pengajiannya di Univerisiti Putra Malaysia pada 30 Oktober 2018

Setiap bulan tempahan katering yang diperolehi tidak kurang dari 2 tempahan dimana satu tempahan bersamaan seribu orang makan untuk majlis kerja  kahwin yang diuruskan. Perniagaan yang dijalankan bersama-sama ahli keluarga ini semakin terkenal dengan dekorasi buffet yang menarik dan eksklusif dengan harga yang berpatutan.

“Kemahiran tidak membatasi apa yang kita mahukan, meskipun saya mempunyai sarjana muda dalam pembangunan sumber manusia ianya tidak menjadi penghalang saya menceburi bidang masakan. Lagi-lagi ianya memberikan keuntungan yang lumayan” katanya lagi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Ir Zaini Ujang berkata mahasiswa perlu mencari peluang untuk menjadi usahawan walaupun masih belajar di IPT kerana ia adalah salah satu peluang kepada mahasiswa menjana pendapatan apabila tamat belajar. Jadinya melanjutkan pelajaran bukan satu penghalang bagi seseorang pelajar itu menceburi bidang perniagaan.

Fareez, aktif, rajin dan berkomitmen dalam melakukan perniagaannya

Bagi beliau yang masih muda dan baru menceburi bidang ini, umur bukan penghalang bagi beliau mencuba sesuatu yang baru. Dengan kini bergelar seorang suami beliau menjadikan ini satu cabaran dengan membahagikan masa, kewangan dan kehidupan dengan baik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, anak dan peniaga yang Berjaya.

Dengan purata angka keuntungan yang mencecah 5 angka sebulan ianya menjadi satu inspirasi yang patut dikongsi kepada pelajar lain untuk membuka mata bahawa kemahiran itu penting untuk mengukir masa hadapan yang lebih efektif dan efisien untuk mendapat keuntungan yang setanding dengan usaha yang dilakukan. Beliau bukan sahaja melakukan perkhidmatan katering semata-mata, malahan beliau kolaborasi dengan ibu dan isterinya yang melakukan perkhidmatan perancangan perkahwinan membuatkan permintaan tempahan sentiasa aktif setiap bulan.

Kebersihan adalah keutamaan

Tempat masakan yang tersusun rapi dan terjaga menjadi keutamaan kepada beliau dimana beliau menganggap ianya sebagai satu piawaian yang perlu patuhi untuk perniagaan beliau untuk menjaga kualiti produk yang dihasilkan.

Tempahan bahan mentah seperti ayam, sayuran dan daging diambil dari sumber yang pastinya halal dan bersih bagi menjaga kesegaran bahan masakan beliau. Kebiasaan bagi majlis kahwin, beliau akan mula memasak pada pukul 4.00 pagi untuk memastikan makanan masih enak serta tidak basi kerana dihidang pada pukul 10.00 pagi nanti.

Beberapa pelayan tetamu yang berpakaian rapi ketika majlis perkahwinan berlangsung

Dengan pekerja seramai 10 Orang ianya mempunyai tugas masing-masing dan sentiasa memakai pakaian yang bersih ketika majlis perkahwinan berlangsung sekali gus menjaga imej kebersihan perniagaan ini.

Petua masa depan bagi pelajar

Peniaga Berjaya ini berkongsi sedikit tips yang berguna kepada pelajar yang minat dan ini menceburi bidang perniagaan sepertinya.

“Jangan pernah takut untuk mencabar diri jika kamu nampak orang lain mampu melakukannya, kerana seseorang yang Berjaya mempunyai cabaran yang orang lain tidak ketahui dan sukar pada orang lain memahami. Dalam bidang perniagaan pasti akan ada masa jatuh bangun, namun ianya adalah satu kejayaan bagi peniaga tersebut sekiranya Berjaya menempuhi cabaran tersebut” katanya.

Tambahan lagi, menjadi peniaga yang berjaya perlu sentiasa merancang dan membuat keputusan yang terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik. Mendapatkan pendapat dan mendengar pendapat orang lain seperti orang yang lebih mempunyai pengalaman yang luas adalah sangat penting kerana ianya memberi gambaran kepada peniaga baru sebelum menempuh dalam alam perniagaan.

“Jangan pernah takut untuk membuat duit anda semakin banyak kerana, orang tidak akan pandang anda diwaktu anda tiada apa-apa kerana mereka hanya akan tumpu pada anda sekiranya anda ada segalanya. Sentiasa menjaga hubungan anda dengan ibu bapa kerana ianya adalah kunci utama seseorang itu berjaya” katanya lagi.

Sekiranya berminat dengan perkhidmatan beliau, anda boleh menghubungi beliau di talian +6018-2787977.

Oleh: Fatin natasha binti Nari Musa / fatinnatasha.nm@yahoo.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.