Home Business “Pasar Karat” Syeksen 15 Bangi kepelbagaian barangan menjadi pilihan

“Pasar Karat” Syeksen 15 Bangi kepelbagaian barangan menjadi pilihan

305
0

 

“Pasar Karat” Syeksen 15 Bangi kepelbagaian barangan menjadi pilihan

Oleh Baharim Sukari

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perniagaan dari sekecil-kecinya perniagaan online yang dilakukan di rumah hinggalah ke perniagaan korporat dan gedung-gedung perniagaan besar. Sudah pasti setiap perniagaan itu dipengaruhi oleh faktor permintaan pasaran dan tahap kemampuan modal seseorang usahawan itu untuk menubuhkan dan memulakan perniagaan mereka.

Kali ini penulis ingin membawakan pembaca kepada satu perniagaan yang menjadi pilihan orang ramai kerana kepelbagaian barangan jualan, malahan juga pengunjung dapat membeli barangan berjenama dan berkualiti dengan harga yang murah.

“Pasar Karat” Seksyen 15 Bandar Baru Bangi kini menjadi sebutan dan pilihan orang ramai terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Bangi dan Kajang. Terdapat lebih 300 gerai dengan menjual pelbagai barangan terpakai dan baru termasuk pakaian, kosmetik, kasut, barangan mainan, perfum, beg tangan wanita dan pelbagai lagi barangan keperluan rumah.

Sufian dan isteri Mazidah menjual barangan tembikar mampu maraih pendapatan perniagaan di sini

Penulis sempat menemu bual seorang peniaga di sini, Sufian dan isterinya Mazidah memilih untuk membuka jualan di sini kerana kadar sewaan tapak niaga yang murah serta kunjungan ramai orang. Bagi mereka yang mencari barangan berasaskan tembikar boleh terus ke gerai Sufian atau boleh juga menghubungi mereka di talian 016-541 9956.

Pelbagai barangan menjadi pilihan pengunjung

Kepada pengunjung yang dah berbelanja, terasa pula perut tu lapar, tekak pula kehausan…. jangan risau! di sebelah kawasan Pasar Karat disediakan juga gerai-gerai makan dengan pelbagai jenis makanan yang enak.

Tempat makan yang selesa juga disediakan di sini

Kali ini penulis sempat juga menikmati makan yang dijual di sini… Wah! Sedap juga Mee Kolok dan Mee Wantan Sup di sini, ditambah dengan teh ais cincau memang puas hati.

Peniaga sedang menyediakan hidangan yang ditempah pelanggan

Jadi bagi mereka yang ada kelapangan boleh datang ke Pasar Karat Seksyen 15 Bandar Baru Bangi ini, dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 7.00 petang hingga jam 12.00 malam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.